awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar bentang Belanjawan 2023 Malaysia Madani jam 4 petang ini

Astro Awani
Astro Awani
23/02/2023
23:10 MYT
Anwar bentang Belanjawan 2023 Malaysia Madani jam 4 petang ini
Ia belanjawan pertama dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.
KUALA LUMPUR: Hari ini, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat.
Ikuti pembentangan Belanjawan 2023 di sini
Ia belanjawan pertama dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.
Antara lain, Belanjawan 2023 Malaysia Madani pada Jumaat bakal mencuri perhatian rakyat memandangkan Anwar kembali untuk mengemukakan pelan nasional yang dijangka merangkumi peruntukan bagi bidang digitalisasi, sekuriti makanan dan industri kecil sederhana.
Perdana Menteri pada 20 Disember lalu membentangkan peruntukan khas (bajet mini) di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang berkuat kuasa 1 Januari 2023 bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650.
Sebelum ini, Bajet 2023 yang disediakan kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sempat dibahas dan diluluskan, sebelum terbubarnya Parlimen pada 10 Oktber 2022 bagi memberi laluan untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Astro AWANI akan membawakan siaran langsung pembentangan Belanjawan 2023 dari Parlimen pada jam 4 petang ini.
Ikuti juga kupasan mendalam bersama pakar serta penganalisis sepanjang hari ini di platform televisyen dan digital serta media sosial kami.
Pantau Kerajaan Baharu di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Belanjawan 2023
#PM10
#Malaysia Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan