awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar beri sumbangan kepada Ibnor Riza, Fauziah Samad

Kenyataan Media
Kenyataan Media
02/11/2023
15:07 MYT
Anwar beri sumbangan kepada Ibnor Riza, Fauziah Samad
Anwar memaklumkan sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi kedua-dua artis itu di kediaman masing-masing.- FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada penyanyi popular era 80-an, Ibnor Riza dan pelakon Fauziah Samad yang berdepan masalah kesihatan pada Khamis.
Dalam hantaran di Facebooknya beliau, Anwar memaklumkan sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi kedua-dua artis itu di kediaman masing-masing.
Ibnor diuji dengan penyakit kanser limfoma manakala Fauziah pula menghidap penyakit osteoartritis sehingga terpaksa berkerusi roda.
"Saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya kepada mereka bagi membantu urusan perubatan masing-masing.
"Saya mendoakan mereka berdua dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT," kata Anwar.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#Fauziah Samad
#Ibnor Riza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan