awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
21 buah rumah terkesan banjir kilat di Simpang Pulai
‘Picasso’ bola sepak, John Robertson meninggal dunia pada usia 72 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar buat penampilan khas dalam iklan raya

Sinar Harian
Sinar Harian
19/04/2023
23:00 MYT
Anwar buat penampilan khas dalam iklan raya
Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kemunculan khas menerusi sebuah iklan sempena samnbutan Hari Raya Aidilfitri. - Gambar SINAR HARIAN
SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kemunculan khas menerusi sebuah iklan sempena kemeriahan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Iklan terbitan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) tersebut mengisahkan tentang hidangan istimewa rakyat Malaysia bersempena hari lebaran iaitu lemang.
Klip video berdurasi dua minit 36 saat tersebut turut memaparkan cara pembuatannya bermula dari proses awal hingga pembakaran yang membawa kepada kelazatan hidangan itu.
Meskipun ia merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu, namun keunikannya yang terdiri daripada pelbagai bahan membawa simbolik terhadap kesatuan nasional yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Justeru, mengambil intipati falsafah yang terdapat dalam hidangan berkenaan, Anwar di dalam iklan berkenaan mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu padu membangunkan Malaysia.
“Mari kita kuatkan kesatuan rakyat Malaysia, membangunkan dan menyelamatkan negara di samping membersihkan diri bagi mengangkat martabat keluarga dan masyarakat.
“Salam Aidilfitri maaf zahir dan batin buat seluruh rakyat Malaysia,” kata beliau dalam iklan itu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PM Anwar
#Anwar berlakon iklan
#iklan raya
#Hari Raya Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan