awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
Menteri Kabinet ucap selamat Hari Krismas, tekankan nilai saling menghormati
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar dijangka usul tubuh Jawatankuasa Khas Perubahan Iklim

Sinar Harian
Sinar Harian
02/09/2022
15:20 MYT
Anwar dijangka usul tubuh Jawatankuasa Khas Perubahan Iklim
Usul penubuhan jawatankuasa itu dibuat bagi membantu kerajaan merangka satu hala tuju yang jelas selain sebagai persediaan mendepani kemelut perubahan iklim. - Gambar/ JAPEN
SHAH ALAM: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengusulkan penubuhan Jawatankuasa Khas Perubahan Iklim di peringkat Parlimen pada 5 September ini.
Pejabat ketua pembangkang memaklumkan, usul penubuhan jawatankuasa itu dibuat bagi membantu kerajaan merangka satu hala tuju yang jelas selain sebagai persediaan mendepani kemelut perubahan iklim.
Bertepatan perkara itu, satu Simposium Perubahan Iklim 2022 juga akan berlangsung pada Isnin ini bertempat di Dewan Bankuet Parlimen, Kuala Lumpur.
"Simposium ini bertujuan untuk menggariskan beberapa isu penting melibatkan kemelut iklim, mencari formula terbaik sebagai rencana untuk daya tahan iklim dan tebatan banjir, menggerakkan negara ke arah pelepasan sifar bersih (net-zero emissions) sambil menekankan aspek ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
"Inisiatif ini juga diambil berikutan berlaku musibah seperti banjir yang melanda sebahagian kawasan di negara ini pada 2014 dan 2021 kerana corak perubahan iklim yang membimbangkan serta kesan dari pembalakan," menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.
Sementara itu kenyataan tersebut turut memaklumkan, penganjuran simposium turut bermatlamat melibatkan semua kepimpinan negara dan generasi penerus dalam mewujudkan rencana dan kebijakan bagi mendepani permasalahan serta kesan perubahan iklim.
Simposium yang julung-julung kali diadakan ini akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dan akan dihadiri Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, ahli-ahli Parlimen, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan swasta, ahli-ahli akademik, pertubuhan masyarakat madani dan pihak berkepentingan.
*Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Parlimen
#Jawatankuasa Khas Perubahan Iklim
#banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan