KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan untuk menjelaskan tahap keuntungan institusi perbankan pada tahun lalu yang dilihat mampu untuk menaikkan gaji, bonus dan pemegang saham.
Katanya, ini kerana kerajaan sebelum ini memaklumkan tidak berupaya untuk memberi moratorium pinjaman berterusan untuk keluarga yang sedang bergelut dengan impak wabak COVID-19.
"Sekiranya keuntungan sektor bank pada tahun 2020 mampu mendukung kenaikan pegawai-pegawai tinggi mereka sebanyak 10 peratus, apakah pegawai-pegawai rendah turut menikmati kenaikan gaji yang munasabah?" soal beliau dalam hantaran di Facebook, pada Jumaat.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menyatakan bahawa sebilangan rakyat Malaysia terdiri daripada golongan yang susah, dan terpaksa menampung beban yang lebih besar sementara golongan kaya dilihat mampu menjalani kehidupan seperti biasa.
"Apa yang paling menyedihkan adalah pemerintah menggesa agar seluruh lapisan masyarakat berpadu dan bersama dalam memampan dampak wabak, tetapi golongan korporat dan para eksekutif seolah tidak ikut serta dan dikecualikan dari tanggungjawab ini," tambahnya.
Beliau memberitahu, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) serta Menteri Kewangan yang juga bekas pegawai tertinggi sebuah bank di negara ini memperoleh pendapatan sejumlah RM8.53 juta pada tahun 2019 memilih untuk menyokong pendekatan bantuan secara bersasar.
"Ia secara tidak langsung menggambarkan betapa kerajaan ini bersama dengan bank. Langkah tersebut secara tidak langsung menyulitkan sebilangan keluarga dan perniagaan yang tidak punya keupayaan untuk memenuhi prosedur bank yang berselirat dalam tempoh yang singkat.
"Kita juga masih belum mengetahui sejauh mana dampak negatif pendekatan ini mengesankan ekonomi, sektor pekerjaan dan tahap kehidupan rakyat yang susah dan melarat," ujarnya lagi.
Jelasnya, dalam satu laporan baru-baru ini, sektor bank sedang mempergiatkan usaha untuk mencipta keuntungan pada tahun ini dan telah pun menaikkan gaji para pegawai kanan mereka setinggi 58 peratus.
Menurutnya, ketua pegawai eksekutif di sekurang-kurangnya satu syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mendapat kenaikan gaji sebanyak 10 peratus.
"Tahun lalu kita menuntut agar moratorium pinjaman bank dilanjutkan bagi mendukung warga dan perniagaan yang terkesan akibat dampak COVID-19.
"Namun, kita dimomokkan pula kononnya sektor perbankan akan punah, dan pendekatan moratorium berpotensi untuk meruntuhkan sistem kewangan negara," tambahnya.
Umavathi Ramayah
Fri Mar 26 2021
Anwar Ibrahim menggesa kerajaan untuk menjelaskan tahap keuntungan institusi perbankan pada tahun lalu yang dilihat mampu untuk menaikkan gaji, bonus dan pemegang saham. - Gambar fail/Astro AWANI
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
Bantuan YKM akan disalur secara bulanan mulai tahun depan - Ismail Sabri
Bantuan Yayasan Keluarga Malaysia (YKM) akan disalurkan secara bulanan mulai tahun depan berbanding empat kali bayaran setahun sebelum ini.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.