awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar gesa perkukuh kerjasama kerajaan, swasta demi manfaat rakyat

Bernama
Bernama
24/07/2025
07:49 MYT
Anwar gesa perkukuh kerjasama kerajaan, swasta demi manfaat rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Peluncuran Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia (Sejahtera MADANI) di Kompleks Seri Perdana hari ini. - fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa supaya kolaborasi antara kerajaan dan sektor swasta diperkukuh demi memastikan rakyat di semua peringkat mendapat manfaat secara menyeluruh.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata sektor swasta boleh memainkan peranan proaktif dengan mengemukakan cadangan atau idea bagi membantu kerajaan khususnya dalam projek sekolah angkat dan sebagainya.
"Saya telah beritahu kepada menteri dengan kementerian masing-masing (untuk) bekerjasama, jangan beri jawapan secara berpihak.
"Pastikan sektor swasta menyuaran pendapat dan cadangan mereka. Dengan cara itu, penyesuaian dapat dilakukan," katanya ketika berucap melancarakan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat Malaysia MADANI (Sejahtera MADANI) di sini hari ini.
Sementara itu, Anwar mencadangkan pemimpin syarikat besar untuk turun padang meninjau keadaan sekolah angkat di bawah kendalian masing-masing atau di kawasan luar bandar.
"Saya cadangkan kehadiran Presiden atau CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) sendiri dalam program sebegini dapat memberi keyakinan dan harapan besar kepada anak muda, lebih-lebih lagi kepada mereka yang datang daripada latar belakang kurang berkemampuan.
"Ia mampu menjadi sumber inspirasi dan harapan buat pelajar ini," katanya.
Sementara itu, Anwar merakamkan penghargaan kepada syarikat korporat yang telah menyumbang dalam program bantuan, termasuk isu Gaza, sekolah angkat dan kemiskinan.
Beliau menyeru agar semua pihak menghindari isu perkauman dan permusuhan politik serta bersatu membina negara.
Perdana Menteri berkata antara kejayaan dasar kerajaan ialah projek pembaikan tandas sekolah meskipun dikritik pembangkang kerana menelan RM1 bilion namun ia untuk baik pulih lebih 1,200 tandas demi keselesaan murid.
"Walaupun dipermainkan oleh pembangkang...hampir RM1 bilion baik pulih 1,200 tandas. Bayangkan sekolah anak cucu kita tandas tak terurus," katanya menambah, program sekolah angkat kini berkembang kepada 1,000 buah sekolah meliputi Sekolah Kebangsaan Cina dan Tamil.
Program Sekolah Angkat MADANI yang dicetuskan Anwar untuk menangani jurang pendidikan dengan sektor korporat memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan negara, khususnya dalam bidang pendidikan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Menteri Kewangan Anwar Ibrahim
#projek sekolah angkat
#isu Gaza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan