awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar hadiahkan kek sempena ulang tahun ke-70 kelahiran Presiden Kazakhstan

Bernama
Bernama
17/05/2024
15:28 MYT
Anwar hadiahkan kek sempena ulang tahun ke-70 kelahiran Presiden Kazakhstan
Kek itu disampaikan sendiri oleh Anwar kepada Tokayev yang hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Nursultan Nazarbayev sebelum Perdana Menteri berlepas untuk lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
ASTANA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada akhir lawatan rasmi ke Kazakhstan hari ini sempat menghadiahkan kek kepada Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev sempena ulang tahun ke-70 kelahiran beliau.
Kek itu disampaikan sendiri oleh Anwar kepada Tokayev yang hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Nursultan Nazarbayev di sini sebelum Perdana Menteri berlepas untuk lawatan rasmi tiga hari ke Uzbekistan.
Tokayev menyambut ulang tahun kelahiran beliau hari ini.
"Sebelum menaiki pesawat, saya sempat ucap selamat hari lahir kepada Presiden Tokayev.
"Terima kasih atas layanan yang cukup baik kepada saya dan delegasi Malaysia. Semoga hubungan kedua-dua negara terus diperhebat demi manfaat bersama, insya-Allah," katanya menerusi catatan di laman Facebook.
Anwar tiba di sini untuk lawatan rasmi dua hari bagi memperkukuh hubungan antara Malaysia dan Kazakhstan dalam pelbagai bidang yang terjalin sejak 32 tahun lepas.
Kali terakhir lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara Asia Tengah itu ialah pada 2014.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Anwar Ibrahim
#hadiahkan kek
#Presiden Kazakhstan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan