awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar Ibrahim dan rombongan tiba di Padang eratkan hubungan

Astro Awani
Astro Awani
28/10/2018
08:22 MYT
Anwar Ibrahim dan rombongan tiba di Padang eratkan hubungan
Kedatangan Anwar disambut oleh mantan Menteri Perindustrian Republik Indonesia, Fahmi Idris.
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beserta rombongan selamat tiba di Padang, Indonesia pada Sabtu dengan pesawat khusus yang terbang langsung dari Malaysia.
Menurut Ketua Perwakilan Gabenor dan Universiti Negeri Padang Sumatera Barat di Malaysia, Prof. Datuk Seri Dr Alex Ong, rombongan Anwar hadir bersama tokoh sasterawan negara Prof. Emeritus Dr. Muhammad Salleh, Prof. Anwar Ridwan dan Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) Dr Muhammad Saleeh Rahamad serta beberapa anggota Parlimen Senator Yusmadi Yusoff.
Kedatangan Anwar disambut oleh wakil gabenor Sumatera Barat, Walikota Padang dan mantan Menteri Perindustrian Republik Indonesia, Fahmi Idris
Dalam lawatan itu Anwar turut diraikan dengan beberapa tarian budaya minang seperti Tari Piring.
Gabenor Sumatera Barat, Irwan Paiyitno sempat memuji Anwar dalam ucapannya dan mengakui bahawa sebahagian pendukung Anwar di Malaysia adalah berasal dari Ranah Minang.
Sementara itu, Anwar dalam ucapannya berharap hubungan antara Malaysia dan Sumatera Barat akan terus dikukuhkan lagi sekaligus meningkatkan hubungan budaya dan ekonomi dua hala.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Indonesia
#Ketua Umum PKR
#Malaysia
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan