PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) John Lee Ka-chiu hari ini mengadakan pertemuan empat mata di Putrajaya bagi membincangkan usaha meningkatkan hubungan dua hala serta usaha meneroka peluang kerjasama.
Pertemuan itu berlangsung di Perdana Putra di sini yang bermula pada kira-kira 1.15 tengah hari, sebaik ketibaan Lee ke negara ini bagi memulakan lawatan kerja tiga hari ke Malaysia.
Ini merupakan lawatan sulung Lee ke Malaysia selepas menyandang jawatan sebagai Ketua Eksekutif HKSAR kelima pada 2022.
Anwar dan Lee dijangka bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan semasa, kerjasama dua hala dan langkah ke hadapan, terutama dalam bidang perdagangan dan ekonomi, inovasi dan teknologi serta pertukaran antara rakyat.
Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang; Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.
Lee mengetuai delegasi yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan HKSAR, serta wakil daripada pelbagai sektor termasuk perindustrian dan komersial, perdagangan, inovasi dan teknologi serta pengangkutan dan logistik.
Lee juga dijadual menghadiri forum perniagaan Malaysia-Hong Kong dan menyaksikan pemeteraian beberapa memorandum persefahaman (MOU) antara entiti perniagaan ketika berada di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama John Lee Ka-chiu semasa menerima kunjungan hormat Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) itu di Bangunan Perdana Putra hari ini. - Foto BERNAMA
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Anwar, Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee adakan pertemuan empat mata
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) John Lee Ka-chiu hari ini mengadakan pertemuan empat mata di Putrajaya bagi membincangkan usaha
COVID-19: Hong Kong wajibkan penggunaan pelitup muka
Kira-kira 180,000 penjawat awam di Hong Kong akan mula bekerja dari rumah pada minggu hadapan susulan berikutan lebih 100 jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan pada Ahad.
Beijing rancang singkirkan Carrie Lam?
Jurucakapnya, Hua Chunying menegaskan, laporan Financial Times mengenai pelan itu merupakan satu khabar angin yang bermotifkan politik.
Hong Kong dikawal ketat polis antirusuhan menjelang protes besar-besaran
Polis antirusuhan dikerah ke seluruh Hong Kong pada Sabtu bagi menghalang rancangan tunjuk perasaan pro-demokrasi besar-besaran.
Rang undang-undang ekstradisi Hong Kong ditarik semula secara kekal
Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam mengumumkan bahawa rang undang-undang ekstradisi ditarik semula secara kekal.
Rang Undang-Undang Ekstradisi Hong Kong sudah 'mati', ditarik balik - Carrie Lam
Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam berkata Rang-Undang-Undang Ekstradisi yang menimbulkan kontroversi dan ketegangan di wilayah itu kini terkubur dan ditarik balik.