KEPALA BATAS: Meskipun sibuk dan mempunyai jadual padat, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi sahabat lamanya di Kampung Banggol, Pokok Sena di sini dalam program lawatan pertamanya di Pulau Pinang, hari ini.
Anwar bersama isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengunjungi bekas Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pulau Pinang yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua Datuk Mohammed Yussof Abd Latiff, 84, dan isterinya Datin Safiah @ Che Piah Salleh,79.
Perdana Menteri tiba di rumah Mohammed Yusof pada 5.51 petang dan meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk berbual dan Anwar juga sempat menjamah bubur durian bersama pulut dan kuih muih yang disediakan.
Mohammed Yussof yang menghidap penyakit angin ahmar sejak 30 tahun lepas berkata beliau sangat gembira dan bersyukur kepada Allah dengan kehadiran Perdana Menteri datang ke rumahnya untuk menziarahinya hari ini.
"Datuk Seri Anwar ni kawan dan sahabat saya sejak saya di ABIM lagi, masa tu saya YDP (Yang Dipertua) di Pulau Pinang beliau pula Presidennya di peringkat nasional, kiranya lebih 50 tahun dah berkawan ni...boleh katanya kalau beliau balik sini (Pulau Pinang) memang dia akan datang rumah saya ni.
Masa dalam ABIM, kami sama-sama (beliau dan Anwar) buat markas ABIM di sini dan buat usrah dengan panggil pensyarah-pensyarah apa semua...kami juga buat usrah ke rumah-rumah," katanya kepada pemberita di rumahnya di sini hari ini.
Mohammed Yussof yang merupakan ADUN Sungai Dua selama sepenggal dari 1990 hingga 1995 berkata beliau terlibat dalam politik ketika itu adalah atas dorongan dan sokongan Anwar sendiri.
"Hari ini sangat-sangat seronok dan bersyukur kepada Allah,kami gembira dengan kehadiran Perdana Menteri ke rumah...paling penting saya masih lagi ingat dan 'tak gelong lagi', Alhamdulillah saya bersyukur.
Saya doakan Perdana Menteri terus berkhidmat untuk kita semua kerana kebijaksanaan beliau memang diperlukan oleh semua terutama dunia Islam, insya-Allah," katanya.
Beliau yang lumpuh bahagian kanan badan berkata semasa berbual dengan Anwar, Perdana Menteri sempat berpesan kepadanya supaya banyak bersabar dengan keadaan kesihatannya.
"Anwar pesan saya banyak-banyak bersabar dan jangan lupa Allah kerana daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali," katanya yang mempunyai empat anak dan 11 cucu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 23 2023
Anwar mengunjungi Mohammed Yussof di Kampung Banggol dekat Kepala Batas di sini, hari ini. - Gambar/ Bernama
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu DNB diputuskan minggu depan - Anwar
Isu berhubung dakwaan Digital Nasional Bhd (DNB) bertindak tidak telus dalam menjalankan operasi dalaman, akan diputuskan kerajaan pada minggu depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendirian Malaysia kekal tegas dalam isu Palestin - Duta Malaysia ke Turki
Pendirian Malaysia dalam isu melibatkan kekejaman rejim Israel terhadap penduduk di Gaza kekal tegas di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PRK Kuala Kubu Baharu: Presiden MIC janji turun berkempen esok - Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan yang mengatakan MIC tidak akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Agenda reformasi kerajaan adalah tekad politik bantu rakyat - Anwar
Agenda reformasi yang dilaksanakan Kerajaan Madani merupakan tekad politik untuk membantu golongan rakyat yang memerlukan.