awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar minta RUU Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen

Astro Awani
Astro Awani
01/08/2022
13:31 MYT
Anwar minta RUU Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen
Anwar berkata perkara itu sudah disampaikan menerusi surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin. - GAmbar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta agar Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke Jawatakuasa Khas Pilihan Parlimen.
Dalam satu kenyataan Isnin malam, Anwar berkata perkara itu sudah disampaikan menerusi surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin.
“Saya juga telah menghantar usul di bawah Peraturan Mesyuarat 54(1) dan 54(2) kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat terkait perkara ini,” katanya.
RUU Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada Isnin oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Dalam pembentangannya, Khairy memaklumkan setiap peruntukan di bawah RUU Kawalan Produk Tembakau Dan Merokok 2022, yang akan dibahas dalam tempoh dua hari ini, memerlukan pemantauan dan penilaian berterusan.
Beliau berkata, satu jawatankuasa bebas akan ditubuhkan bagi maksud tersebut.
Katanya, jawatankuasa bebas itu akan menyemak dan menilai semua peruntukan di bawah RUU itu, termasuk kawalan yang melibatkan generasi yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.
RUU itu telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 27 Julai lalu.
Topic Berkaitan
#RUU Kawalan Tembakau dan Merokok
#undang-undang rokok
#Anwar Ibrahim
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan