awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar, PM Vietnam bincang isu tarif AS

Bernama
Bernama
06/04/2025
14:26 MYT
Anwar, PM Vietnam bincang isu tarif AS
Anwar berkata beliau dan Pham turut menekankan kepentingan untuk memperkukuh kerjasama serantau dan mempelbagaikan rantaian bekalan bagi meningkatkan daya tahan ekonomi ASEAN. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Vietnam Pham Minh Chinh mengadakan perbincangan mengenai tindakan bersama ASEAN terhadap tarif perdagangan sepihak yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
"Kami sepakat untuk mengutamakan rundingan dan mengelakkan pertelingkahan, dengan matlamat mencapai penyelesaian yang adil demi kepentingan semua negara anggota ASEAN," kata beliau menerusi hantaran di laman sosialnya hari ini.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata beliau dan Pham turut menekankan kepentingan untuk memperkukuh kerjasama serantau dan mempelbagaikan rantaian bekalan bagi meningkatkan daya tahan ekonomi ASEAN.
"Selain itu, kami membincangkan keadaan di Myanmar dan bersetuju bahawa ASEAN perlu berunding dengan semua pihak berkepentingan bagi mencapai penyelesaian yang inklusif dan aman." kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#rantaian bekalan
#kerjasama serantau
#tarif perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan