BANGKOK: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual bertemu rakan sejawatannya dari Thailand Srettha Thavisin pada Isnin (27 Nov) di Sadao, Wilayah Songkhla untuk memajukan kerjasama bagi pembangunan kawasan sempadan antara kedua-dua negara.
Kementerian Luar Thailand dalam satu kenyataan berkata pertemuan itu akan memberi tumpuan kepada mempercepatkan pembinaan projek utama kesalinghubungan di sempadan yang bertujuan untuk menggalakkan perniagaan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Projek itu, termasuk jajaran jalan antara Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) baharu di Sadao, Thailand dan Bukit Kayu Hitam serta pembinaan jambatan kedua di Sungai Golok-Rantau Panjang.
Semasa mesyuarat itu, kedua-dua pemimpin akan turut melawat jajaran jalan yang menghubungkan CIQ Sadao baharu di Thailand dan pusat pemeriksaan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Malaysia.
"Perdana Menteri Srettha juga akan melawat ICQS Bukit Kayu Hitam Malaysia atas jemputan Perdana Menteri Anwar," menurut kenyataan itu.
CIQ Sadao ialah pusat pemeriksaan perdagangan sempadan yang penting dengan jumlah perdagangan sempadan dan perdagangan rentas sempadan tertinggi di Thailand.
Kedua-dua pemimpin juga akan terlibat dalam mesyuarat terhad diikuti dengan majlis makan tengah hari yang dihoskan oleh Srettha sebagai penghormatan kepada lawatan Anwar.
Mesyuarat itu adalah susulan kepada lawatan rasmi Srettha ke Malaysia pada 11-12 Okt, menunjukkan komitmen bersama kedua-dua pemimpin untuk memajukan kerjasama konkrit dalam pembangunan sempadan antara Thailand dan Malaysia.
Ini terutamanya dalam bidang pelancongan dan memudahkan pengangkutan rentas sempadan bagi barangan dan penumpang.
Berhubung isu keselamatan sempadan, kedua-dua kerajaan telah bekerjasama rapat untuk mencegah dan menyekat jenayah terancang di kawasan sempadan, seperti dadah, pemerdagangan orang dan perdagangan hidupan liar haram.
Pada 2022, kira-kira 2.7 juta rakyat Malaysia melawat Thailand yang membentuk kumpulan pelancong terbesar di negara ini dengan lebih satu pertiga masuk melalui pusat pemeriksaan Sadao.
Sebagai susulan kepada lawatan perdana menteri Thailand ke Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand telah menggantung sementara borang imigresen T.M. 6 untuk pelancong asing yang memasuki Thailand di pusat pemeriksaan CIQ Sadao dari 1 Nov hingga 30 April tahun depan, memudahkan kemasukan pelancong Malaysia.
Sejak pelaksanaan langkah itu pada 1 Nov, jumlah pelancong Malaysia telah meningkat sebanyak 64 peratus di pos pemeriksaan Sadao berbanding tempoh sama tahun lalu.
Setakat 19 Nov, pelancong Malaysia menduduki tempat pertama dalam senarai pelawat ke Thailand dengan jumlah keseluruhan 3.9 juta pelawat.
Jurucakap kerajaan Thailand Chai Watcharong berkata pertemuan antara Srettha dan Anwar di Sadao menunjukkan komitmen bersama kedua-dua kerajaan untuk mengutamakan pembangunan kawasan sempadan Thailand-Malaysia.
"Pertemuan ini akan meningkatkan kesalinghubungan dalam perjalanan, termasuk memperkemas perdagangan rentas sempadan. Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada rakyat Thailand dan Malaysia, menggalakkan pertumbuhan dalam perdagangan, pelaburan, pelancongan, ekonomi dan masyarakat," katanya.
Chai berkata Malaysia dan Thailand bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dalam semua aspek, terutamanya memberi tumpuan kepada perdagangan dan pelaburan, serta interaksi antara rakyat.
Malaysia ialah rakan dagang keempat terbesar Thailand di peringkat global dan rakan dagang terbesar Thailand di ASEAN. Thailand merupakan rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di dunia dan ketiga terbesar di ASEAN, dengan jumlah dagangan RM122.03 bilion (AS$27.75 bilion), iaitu peningkatan 17.9 peratus daripada RM97.55 bilion (AS$23.54) pada 2021.
Kedua-dua negara menyasarkan untuk meningkatkan nilai perdagangan untuk mencapai matlamat mereka iaitu US$30 bilion menjelang 2025, dengan majoriti perdagangan antara mereka adalah perdagangan sempadan dan transit.
Perdagangan sempadan Thailand-Malaysia pada tahun 2022 bernilai 336.12 bilion baht, menyumbang sebanyak 31.76 peratus kepada perdagangan sempadan Thailand dengan negara-negara jiran, termasuk perdagangan melalui pusat pemeriksaan kastam Sadao, Padang Besar, Betong dan Sungai Kolok.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2023
Pertemuan itu akan memberi tumpuan kepada mempercepatkan pembinaan projek utama kesalinghubungan di sempadan. - Gambar fail/Bernama
Anwar tiba di Tokyo untuk lawatan kerja tiga hari
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo pada Rabu sekitar jam 8:54 malam waktu tempatan dengan pesawat khas dari Kuala Lumpur.
Olimpik Paris 2024: Mohd Azizulhasni terpaksa 'korban' demi pingat emas pertama
Perancangan yang diatur jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni pada Sukan Olimpik Paris 2024, kemungkinan menuntut 'harga mahal' demi merealisasikan impian pingat emas pertama Malaysia.
Piala Dunia ISTAF: Doubles Malaysia tewaskan Thailand, rampas gelaran juara
Hari bersejarah buat sukan sepak takraw negara apabila berjaya menjuarai kejohanan Piala Dunia ISTAF buat kali pertama dalam acara doubles.
Jualan runcit dalam talian China naik 11.5 peratus empat bulan pertama
Jualan runcit dalam talian di China bagi empat bulan pertama tahun ini naik 11.5 peratus tahun ke tahun, dengan mencatat RMB4.41 trilion (RM2.85 trilion).
AWANI 7:45 [22/05/2024] - Tuntutan palsu RM600,000 | Selesai prosedur keempat | 16 rakyat Malaysia dalam pesawat SIA | Prosiding secara tertutup
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Anak dan bekas Setiausaha Politik MB Perlis didakwa esok
2. Faisal Halim dijangka beraksi tiga hingga enam bulan lagi
3. Sembilan rakyat Malaysia cedera, insiden gelora udara ekstrem pesawat SIA
4. Tun M dakwa tidak terima notis mesyuarat RCI Batu Puteh
1. Anak dan bekas Setiausaha Politik MB Perlis didakwa esok
2. Faisal Halim dijangka beraksi tiga hingga enam bulan lagi
3. Sembilan rakyat Malaysia cedera, insiden gelora udara ekstrem pesawat SIA
4. Tun M dakwa tidak terima notis mesyuarat RCI Batu Puteh
Lawatan kedua Anwar ke Jepun simbolik hubungan mapan dua hala 68 tahun
Lawatan kedua Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun dalam tempoh enam bulan jelas mencerminkan hubungan rapat selama 68 tahun antara Malaysia dan Jepun.
AWANI Ringkas: Kes tuntutan palsu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke China
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Hong Kong pada Rabu untuk memulakan lawatan rasmi ke China.
Hubungan komprehensif 68 tahun Malaysia-Jepun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan ucaptama pada sesi pertama dan hari pertama, Persidangan Nikkei 2024 pada Khamis.
Lawatan kerje pada kali ini merupakan lawatan kedua dalam tempoh enam bulan sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri pada November 2022
#AWANI745
Lawatan kerje pada kali ini merupakan lawatan kedua dalam tempoh enam bulan sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri pada November 2022
#AWANI745
Tayar lori tercabut, lelaki dalam kereta tersepit
Seorang lelaki tersepit dalam kereta dipandunya yang remuk akibat terkena tayar sebuah lori yang tercabut di Jalan Tuanku Abdul Halim berhampiran Istana Negara di sini, kelmarin.
Jadikan setiap perayaan, budaya teras perkuat kesepaduan - PM Anwar
Anwar berharap rakyat berusaha meningkatkan kefahaman, merangkul segala kekuatan rakyat dan memberi keutamaan dalam melonjak negara ke depan.
Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel satu tindakan berani - Nga
Pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung yang dilakukan di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu langkah berani.
Sasaran subsidi bahan api langkah wajar - Penganalisis
Sasaran subsidi secara tepat dapat mengurangkan pembaziran dan memastikan bantuan sampai kepada mereka yang memerlukan.
PM Anwar sampaikan sumbangan kepada pelakon Nur Azifah
Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada pelakon Nur Azifah Zainon Abidin bagi membantu meringankan beban kos perubatan kanser.
Sambutan Minggu Perpaduan sasar kehadiran 200,000 pengunjung
Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung esok di Angsana Johor Bahru Mall menyasarkan kehadiran 200,000 pengunjung.
Hentikan amalan sakau wang rakyat, kayakan diri dan kelompok kecil - PM Anwar
Kerajaan Perpaduan mewarisi negara dalam keadaan sukar, termasuk hutang negara yang tinggi dan kenyataan itu seolah-olah cuba dipadamkan sesetengah pihak.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel - PM Anwar
Dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar RM4 bilion setahun.
Rasuah adalah barah utama yang melemah ekonomi negara, menjatuhkan moral rakyat - PM
Kelemahan tatakelola dan amalan rasuah sudah sistemik, dari peringkat atas, peringkat penengah hingga ke peringkat bawahan.
Mohamad Sabu wakili Malaysia ke Iran hadiri pengebumian Presiden Raisi - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi Presiden Interim Republik Islam Iran, Mohammad Mokhber pada Selasa untuk merakamkan ucapan takziah.
Anwar ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Anwar juga dijadual menyampaikan ucaptama dalam persidangan tersebut dengan tema 'Asian Leadership in an Uncertain World'.