awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Singapura

Bernama
Bernama
17/01/2023
13:34 MYT
Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Singapura
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan.
Anwar berkata pada pertemuan itu, beliau dan Balakrishnan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala serta serantau yang menjadi kepentingan bersama.
"Saya turut menyatakan hasrat untuk memberi tumpuan kepada ekonomi dan bersama mencapai kemajuan dalam menyelesaikan isu-isu dua hala yang tertunggak secara komprehensif," katanya menerusi catatan di laman rasmi Facebook beliau.
Balakrishnan berada di Malaysia sempena lawatan rasmi empat hari mulai Ahad hingga Rabu ini.
Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Balakrishnan di Istana Negara.
Pada hari sama, Balakrishnan turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan kedua-dua pemimpin memperakui hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Singapura.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#kunjungan hormat
#Menteri Luar Singapura
#vivian balakrishnan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan