Skip to main content

Malaysia

Anwar umum peruntukan lebih RM31 juta pacu pembangunan Pulau Banggi

KUDAT, 9 Mei -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat Batu Asas Perasmian Sekolah Menengah SMK Banggi yang disempurnakan beliau pada 10 November 1994 ketika melakukan lawatan di sekolah itu hari ini.  --fotoBERNAMA
Anwar pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Penduduk Pulau Banggi di sini hari ini. - Gambar/ Bernama

KUDAT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan khas lebih RM31 juta bagi memacu pembangunan di Pulau Banggi, sekali gus memastikan penduduk di pulau terbesar Malaysia itu tidak tercicir daripada arus pembangunan negara.

Beliau berkata peruntukan menerusi Kerajaan Persekutuan dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri itu merangkumi pembangunan jalan raya, jambatan, kesihatan, pendidikan, keselamatan dan kemudahan jeti.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata projek terbabit meliputi naik taraf jalan dan jambatan di Kampung Limbuak Laut, Kapitangan, Damaran dan Bayangan Laut, selain penambahbaikan Balai Polis Pulau Banggi serta fasiliti kesihatan di Klinik Kesihatan Karakit.

Turut disenaraikan projek menaik taraf asrama sekolah di Pulau Banggi dan Pulau Balambangan, pelaksanaan projek berkaitan keselamatan dan pertahanan negara oleh Kementerian Pertahanan serta naik taraf Jeti Awam Karakit kepada terminal feri.

“Saya mahu Pulau Banggi ini menjadi contoh rakyat rata-rata sedikit miskin atau terpencil tidak terbiar...Kerajaan MADANI ini merasa tanggungjawab angkat martabat dan keupayaan tiap rakyat,” kata Anwar ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Penduduk Pulau Banggi di sini hari ini.

 

 

 

 

 

Must Watch Video