awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seludup e-waste: Veteran ATM bersara awal diserap untuk perkuat AKPS - Shuhaily
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
Lima sekeluarga disamun, barang kemas bernilai kira-kira RM130,000 dilarikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa lebih mencabar daripada kawal harga barang? Ini jawapan Tony Pua

Shafizan Johari
Shafizan Johari
19/04/2019
23:11 MYT
Apa lebih mencabar daripada kawal harga barang? Ini jawapan Tony Pua
Isu pendapatan rendah kalangan rakyat Malaysia termasuk graduan-graduan yang baru bekerja tidak boleh diselesaikan dalam sekelip mata. -Foto Astro AWANI / Shahir Oma
Menaikkan pendapatan rakyat adalah misi yang lebih mencabar daripada mengawal kos sara hidup, akui Setiausaha Politik Menteri Kewangan Tony Pua.
Katanya kerajaan kini sudah berupaya untuk mengawal kenaikan harga barang melalui penstabilan kadar inflasi.
Begitupun, isu pendapatan rendah kalangan rakyat Malaysia termasuk graduan-graduan yang baru bekerja tidak boleh diselesaikan dalam sekelip mata.
"Masalah yang paling besar di Malaysia bukan kos sara hidup yang tinggi. Kita sudah kekalkan inflasi di peringkat sifar.
"(Harga) sudah tinggi, ia tidak naik apa lagi. (Masalah) yang paling besar sekarang ialah naiikkan gaji, kalau gaji tidak naik, kos (sara hidup) akan selama-lamanya tinggi," kata Pua.
Bank Negara Malaysia (BNM) pada Mac tahun lalu memaklumkan paras gaji dalam pasaran buruh adalah masih rendah dengan separuh daripada tenaga kerja menerima pendapatan kira-kira RM1,700 sebulan, manakala purata gaji permulaan bagi pemegang diploma hanya kira-kira RM350 melebihi gaji minimum sebanyak RM1,200.
Kata Pua, usaha kerajaan menarik pelaburan dalam bidang yang menghasilkan pendapatan tinggi mungkin dapat membantu rakyat meningkatkan pendapatan mereka.
Beliau yakin perkara ini dapat dicapai berdasarkan keupayaan kerajaan yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menarik pelaburan ke Malaysia terutamanya setelah negara berupaya mencatatkan peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) yang diluluskan 48 peratus kepada RM80.5 bilion pada 2018.
Ia, jelas Pua, akan membuahkan manfaat kepada rakyat dari segi peluang pekerjaan dan gaji.
Tony berkata demikian ketika ditemu bual dalam rancangan Agenda AWANI pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#bank
#Bank Negara
#Bank Negara Malaysia
#harga
#harga barang
#harga minyak
#isu rakyat
#kerajaan
#kos sara hidup
#mahal
#Mahathir Mohamad
#masalah rakyat
#pelaburan
#politik
#rakyat
#rakyat Malaysia
#Tony Pua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan