Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof pada Isnin mempersoalkan motif kumpulan bekas penjawat awam (G25) yang terus membangkitkan isu berhubung penubuhan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) walaupun mereka telah diberikan penjelasan terperinci sebelum ini.
Beliau berkata antara yang telah diperjelaskan dalam dua pertemuan bersama G25 pada Nov tahun lepas dan 2018 adalah mengenai penubuhan, penguatkuasaan dan peruntukan yang diterima Jakim.
"Saya tidak faham kenapa isu ini masih berlegar. Ini bukan soal mereka (G25) tidak hormat Islam, tetapi persepsi yang dibina boleh menimbulkan rasa khuatir pihak tertentu kepada kumpulan tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini pada Isnin.
Media pada Sabtu melaporkan dakwaan G25 bahawa penubuhan Jakim dan Majlis Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) tidak mengikut perlembagaan kerana tiada peruntukan untuk agensi berkenaan ditubuhkan di peringkat nasional.
Mujahid menjelaskan kewujudan Jakim adalah berkaitan pentadbiran agama di peringkat Persekutuan, bermula sebagai Unit Agama Jabatan Perdana Menteri dan bertukar kepada Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) sebelum dinaik taraf kepada sebuah jabatan dikenali sebagai Jakim pada 1997.
Mengenai peruntukan RM1.2 bilion dan RM1.3 bilion yang diterima Jakim pada 2019 dan tahun ini, Mujahid menjelaskan 60 peratus daripada peruntukan itu digunakan untuk membayar gaji imam dan guru agama di seluruh negara, manakala baki 40 peratus untuk urusan pentadbiran Jakim termasuk gaji kakitangan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 13 2020
Mujahid menjelaskan kewujudan Jakim adalah berkaitan pentadbiran agama di peringkat Persekutuan, bermula sebagai Unit Agama JPM dan bertukar kepada Bahagian Hal Ehwal Islam sebelum dinaik taraf kepada jabatan pada 1997. - Gambar fail
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
G25 gesa batalkan PSI, bertentangan dengan SDG
Projek PSI bukan sahaja akan menjejaskan pantai Pulau Pinang malah turut melibatkan perairan Kedah dan Perak.
Pembaharuan institusi: G25 gesa kerajaan keluar laporan IRC
Kumpulan Bekas Penjawat Awam Kanan (G25) menggesa kerajaan supaya mengeluarkan laporan dibuat Jawatankuasa Pembaharuan Institusi (IRC) yang ditubuhkan pada tahun 2018.
KPM perlu larang sekolah, asrama buat pemeriksaan 'datang bulan' - G25
Penularan isu berkenaan dengan amalan pemeriksaan haid di sekolah sangat mengecewakan, membingungkan dan mengharukan.
Bekas KSU Kementerian Luar Ahmad Kamil Jaafar meninggal dunia
Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar meninggal dunia hari ini, pada usia 83 tahun.
Seks luar tabii: Keputusan mahkamah selari dengan prinsip kesamarataan - G25
Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menyatakan semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak untuk mendapatkan perlindungan undang-undang yang sama.
G25 perlu jelaskan laporan JAKIM, MKI tidak ikut perlembagaan - Mujahid
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata dakwaan beliau tidak mempertahankan isu berkaitan islam sepatutnya tidak timbul.
Kami tak minta Jakim dimansuhkan - G25
G25 berkata, mereka menyambut baik pindaan bagi mengiktiraf JAKIM di bawah Perlembagaan.
Pandangan G25 mengenai isu murtad menyesatkan - Mufti Perak
Setelah meneliti kertas kajian G25, 'Administration of Matters Pertaining to Islam', beliau mendapati kandungannya sangat tidak munasabah dan dangkal.
Apa motif G25 persoal penubuhan Jakim - Mujahid
Beliau berkata antara yang telah diperjelaskan dalam dua pertemuan bersama G25 pada Nov tahun lepas dan 2018 adalah mengenai penubuhan, penguatkuasaan dan peruntukan yang diterima Jakim.
Isu penubuhan Jakim sudah diterangkan kepada G25 - Fuziah Salleh
Pertemuan dengan G25 berlangsung pada awal penubuhan Jawatankuasa Tertinggi Hal Ehwal Islam oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekitar Julai 2018.