Solat jenazah ke atas Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Jumaat di Masjid Pulau Melaka sebelum majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, di sini hari ini.
Urusetia Pengurusan Ziarah dan Solat Jenazah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi Jumaat memaklumkan kenderaan shuttle disediakan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke-IV untuk orang ramai yang ingin menziarahi jenazah. Kenderaan itu disediakan mulai pukul 7.30 pagi yang akan membawa orang ramai ke kediaman Allahyarham di Pulau Melaka.
Tetamu-tetamu dari kalangan pimpinan parti-parti politik dan lain-lain yang tiba melalui Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa boleh ke Pulau Melaka dengan menggunakan kenderaan yang akan disediakan.
Urusetia itu juga memaklumkan jalan akan ditutup bermula dari Simpang 4 Panji (JPJ) hingga ke Simpang 4 Kota Jembal (Jalan Sultan Omar).
Nik Abdul Aziz menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pukul 9.40 malam tadi, kira-kira sejam selepas dibawa pulang dari hospital.
Astro Awani
Thu Feb 12 2015

Keadaan di rumah Allahyarham di Pulau Melaka, Kota Baharu malam tadi. - facebook/Nik Abdul Aziz Nik Mat

COVID-19: Kes positif global hampir 98 juta, kematian lebih 2.1 juta
Lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas, sekali gus menjadikan kes kumulatif global terkini mencecah 97,962,267.

COVID: Satu sekolah di Melaka dan Terengganu ditutup sementara
Penutupan sementara sekolah bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dan pembasmian kuman dilakukan dalam usaha mengekang penularan wabak tersebut.

ADGMIN1 tekankan usaha perkukuh keselamatan siber - Saifuddin
Pengukuhan keselamatan siber juga merupakan satu daripada komponen penting dalam Pelan Induk Digital ASEAN 2025.

Seorang DJ Thailand positif COVID-19, jangkiti lima lagi
DJ dan pelakon itu dipercayai dijangkiti pada 9 Jan lalu ketika hadir pada majlis sambutan hari lahir di Banyan Tree Hotel, Jalan Sathon.

Pelan induk digital lima tahun ASEAN dilancar
ADGMIN1 muncul di saat sangat mencabar dan kritikal kerana ekosistem digital semakin penting dalam kehidupan masyarakat dan perniagaan di seluruh ASEAN.

Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Sembrong
Difahamkan, lelaki terbabit bertindak terjun ke dalam sungai tersebut semasa operasi membasmi dadah oleh polis, di sekitar kawasan berkenaan.

PKP: Anggota polis diberi kelonggaran masuk ke Sabah
Antara syarat perlu dipatuhi ialah pegawai dan anggota yang bertugas di Sabah hendaklah mendapatkan cap Seksyen 66(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 semasa ketibaan.

ADGMIN1 berakhir dengan penerimaan Pelan Induk Digital ASEAN 2025
Malaysia diberi penghormatan menyelaras pembangunan ADM 2025 dengan pelan yang menyenaraikan Lapan Matlamat Keberhasilan bagi memudahkan kerjasama serantau dalam pembangunan sektor digital di ASEAN.

Mangsa banjir Sabah turun mendadak kepada 94 orang malam tadi
Hanya dua pusat pemindahan sementara masih dibuka iaitu Dewan Mohd Dun Banir di Beaufort dan Dewan Kampung Song-Song, Kota Belud.

COVID-19 | Perintah berkurung di Wuhan - Satu tahun kemudian
23 Januari 2020, dunia menyaksikan perintah berkurung pertama dilaksanakan bagi mengekang penularan COVID-19 di Wuhan, China. Satu tahun kemudian, hampir seluruh dunia telah mengambil pendekatan yang sama, manakala di Wuhan, penduduk kini menikmati kebebasan.

Apa yang kita tahu tentang pengebumian Nik Aziz
Solat jenazah ke atas Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan diadakan pada pukul 10 pagi Jumaat di Masjid Pulau Melaka.