awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apa yang perlu bagi menjadikan KL bandaraya paling sesuai didiami?

Haider Yutim
Haider Yutim
19/06/2013
04:23 MYT
Apa yang perlu bagi menjadikan KL bandaraya paling sesuai didiami?
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepemimpinan Asia (ASLI) Tan Sri Michael Yeoh berkata kos untuk menjadikan Kuala Lumpur bandaraya yang paling sesuai didiami melibatkan perubahan sikap berbanding wang.
“Daripada melibatkan kewangan yang banyak, saya rasa kos yang banyak adalah kepada perubahan sikap. Kerajaan seharusnya boleh membuat keputusan dan penduduk seharusnya lebih berdisiplin dan menukar cara pemikiran mereka.
Jadi, ia bukan berkenaan soal membelanjakan tetapi persoalan untuk menukar sikap kita,” kata beliau kepada Astro AWANI ketika forum ‘Menjadikan KL Bandaraya Paling Sesuai Didiami di Dunia’ di Hotel Berjaya Times Square dan Pusat Konvensyen pada Selasa.
Ditanya sekiranya KL boleh mencapai target untuk menjadi bandaraya yang sesuai didiami, beliau berkata ia adalah mungkin sekiranya penduduk dan badan bukan kerajaan (NGO) memastikan visi tersebut dicapai.
Yeoh berkata KL masih jauh ketinggalan, tetapi sekiranya ia dapat menjadi antara 10 bandaraya yang selamat didiami, ia berada di landasan yang betul.
“Saya jangkakan antara lima hingga 10 tahun akan datang,” kata beliau.
Sementara itu, ketua pegawai operasi (Penyelesaian Pengangkutan) Scomi Group, Kanesan Veluppillai berkata bandaraya KL perlu mengatasi beberapa factor termasuk dilemma pengangkutan bandar, pertambahan kenderaan bermotor dan kesesakan, kemudahan pejalan kaki yang diabaikan dan transit awam yang kurang berkualiti.
Beliau berkata bandaraya ini perlu menjalani suatu pendekatan bersepadu bagi sistem pengangkutan bandarnya.
Lembah Klang dan Kuala Lumpur telah ditetapkan sebagai sebahagian daripada 20 bandaraya yang paling sesuai didiami di dunia, tujuh tahun akan datang.
Ini akan menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebahagian daripada Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) ialah untuk mengubah kawasan Kuala Lumpur/Lembah Klang kepada konurbasi bandar bertaraf dunia dengan pertumbuhan ekonomi yang baik.
Topic Berkaitan
#KL
#Lembah Klang
#NKEA
#perubahan sikap
#selamat didiami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan