awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apabila rasa senang, dewan pun tak nak datang - Mufti Perlis

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
27/07/2018
05:25 MYT
Apabila rasa senang, dewan pun tak nak datang - Mufti Perlis
Ini adalah kali pertama beliau dilihat mula mengkritik secara terbuka sejak Kerajaan PH mengambil alih tampuk pemerintahan walaupun beliau dilihat rapat dengan kepimpinan tertinggi PH. - Foto Bernama
Mufti Perlis Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin membidas sikap segelintir ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) yang disifatkannya mula terpesong daripada perjuangan yang dilaungkan oleh mereka sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Dalam posting terbaharunya di laman sosial Facebook beliau menempelak segelintir pemimpin PH yang mula ponteng pada Persidangan Dewan Rakyat.
Ini adalah kali pertama beliau dilihat mula mengkritik secara terbuka sejak Kerajaan PH mengambil alih tampuk pemerintahan.
Jika sebelum ini beliau lantang menyuarakan pendapat dan kritikan terhadap kerajaan terdahulu namun perkara sama turut dilakukan ke atas pemimpin PH yang dilihat seakan lupa diri.
BACA: Sidang Dewan Rakyat tertangguh, menteri, timbalan 'hilang'
“Apabila menang, perasaan dah senang. Apabila dah rasa senang, dewan pun tak datang. Maka, segala pekikan sebelum ini, sudah tidak kedengaran. Segala sembang semalam, hanya tinggal kenangan. Segala perangai lawan dulu yang dihentam, hari ini dijadikan ikutan," katanya.
Pada Selasa, Persidangan Dewan Rakyat sesi petang tertangguh selama enam minit apabila tidak cukup Ahli Parlimen yang hadir.
Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) bangkit berdiri dan mempersoalkan kepada Yang Dipertua Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang mempengerusikan mesyuarat itu.
Topic Berkaitan
#DRMAZA
#kritikan
#Mohd Asri Zainul Abidin
#Mufti Perlis
#Pakatan Harapan
#perjuangan
#PH
#Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin
#PRU14
#terpesong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan