awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela lulus pembaharuan undang‑undang hidrokarbon ke arah pasaran terbuka
KDN cekup hampir 55,000 warga asing salah guna pas sosial - Fahmi
Anwar arah pemantauan lebih ketat terhadap pegawai tertinggi kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APAD batal 100 permit lori syarikat Lian Gang Logistics

Bernama
Bernama
30/01/2026
07:49 MYT
APAD batal 100 permit lori syarikat Lian Gang Logistics
APAD memaklumkan penggantungan lesen 30 hari itu susulan kegagalan syarikat memenuhi keperluan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JISA) pada 24 Jun 2025.
KUALA LUMPUR: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membatalkan permit 100 lori milik syarikat Lian Gang Logistics Sdn Bhd selepas dikesan beroperasi dalam tempoh penggantungan lesen.
APAD dalam kenyataan hari ini memaklumkan jumlah lori itu merangkumi satu pertiga daripada keseluruhan kenderaan dikendalikan syarikat logistik tersebut.
"Pembatalan ini susulan tindakan syarikat yang terus beroperasi walaupun Lesen Pengendali (No. 202001042810: Kelas Lesen Pembawa A) digantung dari 27 Ogos hingga 25 Sept 2025," menurut kenyataan itu.
APAD memaklumkan penggantungan lesen 30 hari itu susulan kegagalan syarikat memenuhi keperluan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JISA) pada 24 Jun 2025.
"Tindakan tegas ini wajar dijadikan peringatan bahawa APAD memandang serius sebarang pelanggaran aspek keselamatan dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan drastik walaupun terhadap syarikat besar," menurut kenyataan itu.
APAD memaklumkan akan terus melaksanakan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya serta integriti industri pengangkutan negara sentiasa terpelihara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APAD
#Lian Gang Logistics
#kenderaan berat
#aspek keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan