awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APAD batal, gantung lesen syarikat bas persiaran terlibat nahas Genting Highlands

Bernama
Bernama
01/07/2024
07:03 MYT
APAD batal, gantung lesen syarikat bas persiaran terlibat nahas Genting Highlands
APAD turut menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap kesalahan melibatkan pengangkutan awam darat yang dipandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan.
PUTRAJAYA: Syarikat bas persiaran yang terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands pada Sabtu lepas kemungkinan berdepan hukuman penggantungan atau pembatalan lesen di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715), jika didapati bersalah.
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dalam kenyataan hari ini memaklumkan semakan awal mendapati bas persiaran itu dilesenkan di bawah syarikat M. Kumar Trans Tour Sdn Bhd dan APAD sedang bekerjasama dengan agensi terlibat bagi mendapatkan laporan lengkap.
"Tindakan awal juga telah dibuat dengan memanjangkan Surat Tunjuk Sebab (STS) kepada pihak syarikat bagi mendapatkan penjelasan mengenai kejadian.
"Sekiranya hasil siasatan dan laporan yang diterima mendapati berlaku sebarang perlanggaran syarat lesen perkhidmatan oleh pihak syarikat, APAD boleh mengambil tindakan tegas sama ada penggantungan atau pembatalan lesen di bawah Seksyen 45 Akta 715," menurut APAD.
APAD turut menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap kesalahan melibatkan pengangkutan awam darat yang dipandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan.
Dalam insiden pada 11 pagi itu, dua lelaki warga China maut manakala 19 penumpang lagi terselamat selepas bas persiaran dinaiki dipercayai terbabas dan melanggar tembok pembahagi jalan di kilometer 16.5 Jalan Turun Genting Highlands.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar dilaporkan berkata pemandu bas persiaran berusia 32 tahun itu didapati tidak mempunyai lesen memandu selain mempunyai 27 saman trafik lampau membabitkan pelbagai kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APAD
#Genting Highlands
#nahas bas terbalik
#pelancong warga China
#M Kumar Trans Tour
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan