KUALA LUMPUR: Mesyuarat pertama Majlis Penasihat Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (ABAC) memberi tumpuan kepada keresahan yang mendalam berkenaan tekanan daripada pemecahan ekonomi global.
Pengerusi ABAC 2024, Julia Torreblanca dari ABAC Peru berkata, selain itu, mesyuarat turut menyentuh mengenai risiko tekanan terhadap pertumbuhan, kemasukan dan usaha menangani isu perubahan iklim.
Dalam satu sidang media di ibu negara pada Jumaat, beliau berkata, pemimpin perniagaan Asia Pasifik menggesa agar pemimpin dapat mewujudkan dinamik ekonomi yang lebih besar dengan rakyat adalah tumpuanutama agenda Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
"Kita berada di persimpangan yang kritikal untuk ekonomi global, dan kerajaan perlu bekerja bersama untuk mewujudkan masa depan yang lebih makmur, mampan, dan stabil untuk komuniti. Sebagai majlis penasihat kepada pemimpin APEC, ABAC komited untuk memainkan peranan secara kolaboratif untuk menangani cabaran ini demi kepentingan komuniti kita.
"“Kita perlu melihat inisiatif yang praktikal, seperti kesepaduan perdagangan digital, serta penggunaan teknologi pembuatan yang lebih bertanggungjawab, rantai bekalan, akses wanita untuk peluang kewangan, serta peralatan perdagangan yang diperlukan untuk menangani perubahan iklim,” katanya lagi.
Ditubuhkan pada November 1995 oleh pemimpin ekonomi APEC, ABAC berfungsi sebagai platform penting perdagangan di rantau ini.
Setiap ekonomi APEC diwakili oleh maksimum tiga ahli tetap daripada sektor swasta yang dilantik oleh ketua ekonomi APEC masing-masing.
Dalam pada itu Torreblanca berkata, antara keutamaan ABAC bagi 2024 ialah mengukuhkan struktur ekonomi rantau ini, dan bekerjasama dengan negara anggota APEC ke arah pelaksanaan Zon Bebas Perdagangan Asia Pasifik (FTAAP).
“Satu lagi keutamaan ABAC 2024 ialah memberi penekanan kepada pembangunan idea praktikal, tentang bagaimana menyokong peralihan ekonomi tidak formal kepada yang formal. Ini merupakan cabaran besar bagi negara ekonomi membangun, dan dapat mengekang keupayaan sebenar ekonomi, serta peluang kepada rakyat,” katanya lagi.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Liew Chin Tong berkata, mesyuarat berkenaan penting bagi Malaysia membuka peluang kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dengan pemimpin-pemimpin perniagaan daripada 20 negara ekonomi APEC.
"Sekarang ini kita menghadapi pelbagai cabaran di arena antarabangsa. Ada persaingan geopolitik, ada cabaran, tetapi dengan kewujudan APEC, ia dapat meredakan ketegangan itu.
"Negara-negara terlibat dengan APEC boleh gunakan platform ini untuk mengadakan dialog, kerjasama, untuk selesaikan masalah yang dihadapi daripada segi ekonomi dan perdagangan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) di sini, pada Khamis.
Firdaus Azil
Fri Feb 16 2024
Pengerusi ABAC 2024, Julia Torreblanca berkata mesyuarat pertama ABAC 2024 beri tumpuan kepada keresahan yang mendalam berkenaan tekanan daripada pemecahan ekonomi global. - Foto Instagram - dhgate_official
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu keresahan akibat pemecahan ekonomi global
Mesyuarat pertama ABAC 2024 beri tumpuan kepada keresahan yang mendalam berkenaan tekanan daripada pemecahan ekonomi global.
APEC tidak boleh goyah dalam menyokong kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Katanya, platform tersebut mesti meningkatkan manfaat perjanjian perdagangan pelbagai hala.
APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu reda tekanan ekonomi serantau
Mesyuarat tiga hari bermula semalam menjadi platform dialog kepada usaha untuk meredakan tekanan ekonomi yang melanda rantau ini.
Pegawai kanan APEC cari platform perkongsian maklumat COVID-19
Pandemik ini telah menjejaskan kira-kira 5 juta orang dan menyebabkan ribuan terkorban sehingga dunia terpaksa membuat sekatan dan penjarakan sosial.
Ekonomi ASEAN tumbuh 5.6 peratus setahun sehingga 2019 - Najib
ASEAN dijangka mencatat keluaran dalam negara kasar tahunan pada purata 5.6 peratus hingga 2019, susulan pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.