Kebakaran dua tangki minyak mentah milik Kemaman Bitumen Company (KBC) berjaya dipadamkan hampir sepenuhnya hari ini, namun masih tinggal satu tangki lagi yang 30 peratus terbakar.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Terengganu Sharikan Bustaman berkata setelah beroperasi selama 43 jam sejak Khamis lepas, api pada dua tangki berjaya dipadamkan sekitar 6.40 pagi dan 10 pagi tadi.
"Pada 3 pagi tadi boleh dikatakan angin agak tenang dan ketika itu kami menumpukan sepenuhnya pada proses untuk memadam kebakaran...Kita anggarkan keseluruhan kebakaran tersebut dapat dipadamkan lewat malam ini," katanya ketika ditemui di kawasan perindustrian KBC Telok Kalong di sini.
Beliau berkata keadaan angin yang kuat pada hari ini mengganggu konsentrasi anggota bomba dan menyukarkan operasi kerja-kerja memadam kebakaran kerana pihaknya terpaksa menukar anggota setiap dua jam bagi memastikan konsentrasi anggota tidak terjejas.
"Keadaan yang berangin menyebabkan kami sukar menempatkan hala tuju pancutan air dan apabila hendak tuju pada satu posisi, kami terpaksa mengambil langkah ke arah 30 darjah daripada sasaran sebenarnya akibat keadaan angin," katanya.
Sharikan berkata operasi pada hari ketiga melibatkan 196 anggota JBPM Terengganu termasuk anggota bantuan daripada JBPM Perak, Pahang serta bantuan sembilan agensi lain dengan kekuatan 46 anggota iaitu polis, Hospital Kemaman, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), ERT KBC, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (Dosh) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
Dalam kejadian kebakaran yang bermula 6.15 petang Khamis lepas membabitkan tiga tangki (daripada enam) yang mengandungi minyak mentah lebih 20,000 liter padu itu, seorang pekerja di kilang itu dilaporkan cedera parah manakala tiga lagi mengalami cedera ringan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 07 2018
Keadaan angin yang kuat pada hari ini mengganggu konsentrasi anggota bomba dan menyukarkan operasi kerja-kerja memadam kebakaran. - Gambar fail
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Robot pemadam api Serai Generation 1 pemenang minggu kedua Innovathon
Robot pemadam api serba boleh digelar Serai Generation 1 (SG1) telah diumumkan sebagai pemenang pada minggu kedua program Innovathon 2 yang disiarkan pada Sabtu.
Lelaki ditahan selepas keluarkan kata-kata kesat terhadap polis
Polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan merujuk kes itu kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan dalam masa terdekat.
Jangan berani ambil risiko redah air banjir - Bomba
Nor Hisham berkata sikap terlalu yakin itu boleh mengundang pelbagai risiko termasuk kehilangan nyawa.
Bomba beku cuti 6,000 pegawai, anggota di lima negeri
Cuti kira-kira 6,000 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di lima negeri akan dibekukan sekiranya bencana banjir pada Monsun Timur Laut (MTL) memburuk.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Bomba selamatkan tiga sekeluarga terperangkap dalam kebakaran
Pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 2.58 pagi sebelum menggerakkan 15 anggota dari BBP Andalas ke lokasi.
JBPM jadual cuti secara bersasar hadapi MTL
Nor Hisham berkata pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada anggotanya di kawasan tertentu yang akan terlibat.
745 kawasan dikesan berisiko banjir di Johor, tertinggi pernah direkodkan - Bomba
Batu Pahat merupakan daerah dengan kawasan berisiko banjir paling banyak iaitu 186 kawasan.
Banjir Kedah: Tiga mangsa diselamatkan selepas terperangkap atas pokok
Mohamad Sofi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.57 pagi.
Kotak suis pangsapuri terbakar, seorang wanita maut
Setibanya di lokasi, bomba mendapati kebakaran melibatkan kotak suis pada sebuah pangsapuri 15 tingkat yang terbakar di tingkat 14.