awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aplikasi MACC AR dilancarkan, dekati pelajar perangi rasuah

Kenyataan Media
Kenyataan Media
11/11/2023
14:14 MYT
Aplikasi MACC AR dilancarkan, dekati pelajar perangi rasuah
Pelancaran MACC AR adalah sebahagian daripada inisiatif mendekati murid-murid sekolah agar cakna mengenai peranan SPRM dan bahaya jenayah rasuah dalam kehidupan.
KUALA LUMPUR : Seiring dengan peredaran teknologi, sebuah permainan digital mudah alih pendidikan antirasuah “Malaysian AntiCorruption Commission Augmented Reality (MACC AR) telah dilancarkan pada Jumaat bersempena dengan Karnival Bahasa Melayu anjuran bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2023 yang berlangsung selama empat hari bermula 8 sehingga 11 November.
Berucap melancarkan aplikasi tersebut, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Nazli Rasyid Sulong berkata, inisiatif tersebut adalah cetusan idea Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sendiri dalam usaha mendekati murid-murid sekolah agar cakna mengenai peranan SPRM dan bahaya jenayah rasuah dalam kehidupan.
Beliau berkata, MACC AR dibangunkan sebagai salah satu Bahan Bantu Mengajar yang secara tidak langsung menepati fungsi Suruhanjaya ini untuk mendidik orang ramai supaya menentang rasuah dan mendapatkan serta memelihara sokongan masyarakat dalam memerangi rasuah.
Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi platform GAMMA, Google Play (Android), App Store (iOS) dan AppGallery (Huawei). Teknologi ini adalah salah satu dari tonggak Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) yang membolehkan kandungan disalurkan kepada pengguna dengan efektif di samping menarik minat mereka melalui audio dan visual yang menarik.
Tambahnya lagi, teknologi Augmented Reality atau AR merupakan teknologi terkini yang membolehkan kandungan seperti model 3D, animasi, video, imej dan lain-lain dipaparkan sebagai visual alam sebenar melalui penggunaan peranti pintar seperti telefon mudah alih, tablet atau kaca mata pintar sekali gus memudahkan pemahaman pelajar terhadap mesej antirasuah walau di mana pun mereka berada.
Dalam perkembangan sama, seramai lebih 500 individu yang terdiri daripada pelajar, guru pengiring, pegawai pendidikan daerah, pegawai KPM serta pegawai-pegawai daripada Bahagian Pendidikan Masyarakat terlibat dalam menjayakan program kali ini.
Kesemua peserta Peringkat Kebangsaan ini merupakan wakil kontinjen setiap negeri yang bersaing merebut kejuaraan dalam pelbagai kategori antaranya termasuk pertandingan pidato, sajak, syair dan bercerita bertemakan antirasuah.
Turut hadir, Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum, dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia, Zainuren Mohd Nor; Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim; bersama Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Mohammad Fauzi Husin @ Che Mamat, serta Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Jafry Abu.
Topic Berkaitan
#SPRM
#macc ar
#pelajar sekolah
#perangi rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan