KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang membangunkan analitik data besar dipacu aplikasi SuperApp sebagai rujukan kepada pemaju, pembeli dan artkitek bagi pembangunan projek perumahan baharu.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming berkata SuperApp sebuah aplikasi menyediakan berbagai layanan dalam satu platform dijangka akan dilancarkan tahun depan.
"SuperApp itu akan membantu pembeli menyemak latar belakang pemaju termasuk latar belakang kawasan kediaman baharu yang akan dibina. Bagi pemaju pula, ia akan membantu mereka menilai kesesuaian jenis projek sama ada teres, kondominium atau apartmen.
"Ia juga untuk menambah baik dalam menjalankan perniagaan serta membantu membuat keputusan yang lebih tepat serta mengurangkan lambakan hartanah tidak terjual," katanya.
Beliau berkata demikan pada sidang media selepas majlis perasmian Sidang Meja Bulat Menteri ASEAN-China mengenai Pembinaan dan Perumahan (ACMROCH) dan perasmian ARCHIDEX 2024 di sini, semalam.
Perasmian ACMROCH dan ARCHIDEX disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terdahulu dalam ucapannya, Nga berkata China telah menjadi peneraju dalam teknologi secara konsisten mendorong batasan inovasi dan pembangunan dan yakin bahawa ASEAN akan mendapat manfaat yang besar daripada peningkatan kerjasama dan pertukaran dengan negara itu.
Beliau berkata bahawa dengan memanfaatkan kemajuan teknologi China, ASEAN dapat mempercepat pertumbuhan dan pembangunannya di pelbagai industri terutamanya dalam pembinaan dan perumahan.
"Apa yang saya dapati mengagumkan ialah lonjakan dalam penggunaan teknologi digital serta tenaga boleh diperbaharui di mana China menerajui dunia.
"Kerjasama strategik dengan China dalam teknologi pembinaan hijau akan membantu ASEAN dan rantau Asia Pasifik secara keseluruhan dalam usaha kolektif kita untuk beralih daripada bahan api fosil. Kita memerlukan bakat pintar untuk menjadikan bandar pintar berfungsi untuk kita," katanya.
Sementara itu, Nga berkata pihaknya menyasarkan nilai dagangan sebanyak RM1 bilion sepanjang empat hari Pameran Senibina Reka Bentuk Dalaman dan Bangunan Antarabangsa (ARCHIDEX) 2024 yang bermula hari ini dengan lebih 40,000 pengunjung dari 100 negara dijangka turut serta.
"Lebih 700 pempamer ditempatkan di 11 dewan pameran di mana (terdapat) senarai menunggu, ada 200 lagi syarikat yang tidak sempat sertai pameran edisi ke-23 ini.
"Oleh kerana itu, tahun depan apabila Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN, KPKT akan bekerjasama dengan REHDA (Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia) dan syarikat lain untuk menganjurkan Sidang Kemuncak Hartanah ASEAN 2025, iaitu (pameran) yang lebih besar," katanya.
Terdahulu, Anwar dan Nga menyaksikan penyerahan Surat Tunjuk Minat daripada Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Datuk Seri Mohd Nazri Md Shariff melalui anak syarikatnya PR1MA Communications Sdn Bhd kepadaTimbalan Pengarah Wilayah, Bahagian Perniagaan Peranti, Kumpulan Perniagaan Pengguna Huawei Technologies (Malaysia) Sdn., Henry Hsu Yen Shuenn.
Majlis penyerahan surat itu adalah sebagai kerjasama dalam menerapkan peranti pintar Huawei ke dalam pembangunan PR1MA bagi meningkatkan kualiti kehidupan para penduduk.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024
Nga menyampaikan ucapan majlis perasmian Sidang Meja Bulat Menteri ASEAN-China mengenai Pembinaan dan Perumahan dan perasmian Pameran Senibina Reka Bentuk Dalaman dan Bangunan Antarabangsa 2024 di Kuala Lumpur, 3 Julai 2024. --fotoBERNAMA
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.
KPKT tambah baik operasi, beri jaminan aset mencukupi hadapi gelombang banjir seterusnya
KPKT akan melakukan penambahbaikan pergerakan operasi dan memberi jaminan bahawa aset melibatkan darat, air serta udara mencukupi bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya.
Kerajaan belanja RM1.02 bilion baik pulih, bina rumah baharu dalam tempoh dua tahun - Nga
Kerajaan telah membaik pulih dan membina baharu 34,470 unit rumah dalam tempoh dua tahun dengan jumlah peruntukan RM1.02 bilion.
SPNB bina 23,000 unit RMR, lepasi sasaran - Nga
Nga Kor Ming berkata jumlah berkenaan melepasi sasaran asal iaitu membina sebanyak 15,000 unit RMR.
KPKT kaji wujud Pusat Pandu Lalu Kitar Semula di pusat beli-belah
Menteri berkaitan Nga Kor Ming berkata kajian mengenai perkara itu akan dilaksanakan tahun hadapan.
KPKT tidak sekat permohonan dana selenggara rumah ibadat bukan Islam - Nga
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak menyekat mana-mana permohonan dana bagi penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI), kata Menterinya Nga Kor Ming.
PM Anwar akan umum projek rumah mampu milik libatkan pelaburan besar - KPKT
Pengumuman itu akan dibuat Perdana Menteri bulan depan, dan ia merupakan pelaburan paling besar dalam sejarah negara bagi projek berkenaan.
KPKT peruntuk RM51.55 juta untuk 233 inisiatif infrastruktur awam Sarawak
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM51.55 juta untuk 233 inisiatif infrastruktur awam di Sarawak tahun ini, kata Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.
Pembinaan loji WTE penyelesaian selamat isu kekurangan tapak pelupusan - KPKT
Pembinaan loji memproses sisa pepejal kepada tenaga atau Waste to Energy (WTE) adalah penyelesaian selamat untuk mengatasi isu kekurangan tapak pelupusan sanitari.