Aplikasi nuklear dalam bidang pertanian terutama dalam penghasilan benih cendawan bergred premium khususnya cendawan Volvariella akan diperluaskan dan seterusnya dijangka dapat mengurangkan kebergantungan terhadap import benih dari Thailand.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sains dan Teknologi dan Inovasi (Mosti), Prof Dr Ramzah Dambul berkata melalui teknik Mutagenesis yang menggunakan sinaran gamma misalnya, ia berjaya menghasilkan benih cendawan Volvariella yang berkualiti tinggi.
"Fokus kita adalah menghasilkan benih dengan menggunakan sinaran gamma di mana teknik ini pertama kali digunakan dalam bidang pertanian di Malaysia dan ia sangat memberangsangkan.
"Bagi projek penghasilan benih cendawan Volvariella, kita berjaya menghasilkan sebanyak 10,000 beg benih setiap bulan sejak awal tahun ini dan hasilnya lebih berkualiti dan terjamin daripada benih import," katanya selepas Majlis Perasmian Pusat Pengeluaran dan Pengembangan Cendawan (PPPC) di Kampung Padang Nyior di sini pada Ahad.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Sumber Air, Bekalan Air dan Perumahan Negeri, Datuk Badrol Hisham Hashim, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Dr Mohid Ashhar Khalid dan Pengarah Pertanian Negeri Kedah, Mohamed Bukhori Abdul Rahman.
Ramzah berkata dengan terbinanya makmal PPPC itu, ia menjadi penanda aras dalam memperluaskan lagi penggunaan teknologi nuklear dalam bidang pertanian.
"Hasil penyelidikan dan pembangunan yang dijalankan turut berjaya menghasilkan cendawan Volvariella mutan yang lebih cepat matang, mengeluar pelbagai variasi dan lebih tahan penyakit," katanya.
Badrol Hisham pula berkata makmal itu turut mendapat peruntukan sebanyak RM290,000 melalui geran MOSTI Social Innovation (MSI) manakala Agensi Nuklear Malaysia menyumbang dari aspek teknologi.
"Kita harap lebih ramai generasi muda, tidak kira latar taraf pendidikan atau sosio-ekonomi menjadikan projek ini sebagai satu lagi harapan dan peluang mereka meningkatkan taraf hidup.
"Makmal yang ada ini pula dapat digunakan semaksimum mungkin sehingga benih yang dihasilkan anak tempatan ini dapat pula dieksport ke luar negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 09 2017
Teknik Mutagenesis yang menggunakan sinaran gamma misalnya, berjaya menghasilkan benih cendawan Volvariella yang berkualiti tinggi. - Foto: Wikipedia
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Aplikasi teknologi nuklear dalam bidang pertanian akan diperluas
Teknik Mutagenesis yang menggunakan sinaran gamma misalnya, ia berjaya menghasilkan benih cendawan Volvariella yang berkualiti tinggi.