awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APM bantu 14 calon SPM berpindah dari kampung terjejas banjir

Bernama
Bernama
02/02/2025
13:30 MYT
APM bantu 14 calon SPM berpindah dari kampung terjejas banjir
Sejumlah 14 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada empat kampung yang terjejas banjir telah dibawa dipindahkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) ke asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Tongod hari ini.
TONGOD: Sejumlah 14 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada empat kampung yang terjejas banjir telah dibawa dipindahkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) ke asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Tongod hari ini.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Tongod Left Muda (PA) Richie Hezron Pudil berkata operasi memindahkan kesemua calon yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan 11 perempuan itu dijalankan pada 8.49 pagi ini.
Beliau berkata pelajar terlibat ialah enam dari Kampung Keramuak, lima dari Kampung Kuala Keramuak, dua (Kampung Kenang-Kenangan) dan seorang (Kampung Tenaga Baru) yang akan menduduki peperiksaan SPM esok.
"Penduduk kampung mengadu kepada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kuamut mengenai situasi banjir di kampung terbabit termasuk berkaitan calon SPM berkenaan.
"Susulan itu, UPPM memohon bantuan APM bagi pemindahan calon peperiksaan terbabit," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata dua bot digunakan bersama dua pegawai dan anggota APM terlibat dalam operasi pemindahan pelajar berkenaan.
Sementara itu, Richie Hezron berkata tinjauan APM mendapati air mula surut di kawasan yang terjejas banjir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APM
#banjir
#pindah
#calon SPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan