KUALA LUMPUR: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melancarkan Op Prihatin sempena Hari Raya Aidilfitri bagi membantu pengguna jalan raya yang terlibat dengan sebarang masalah akibat kesesakan trafik ekoran peningkatan bilangan kenderaan.
Di KEDAH, Pengarah APM Kedah, Lt Kol (PA) Zairil Anuar Zulmuji berkata, 60 anggota APM ditugaskan dalam operasi berkenaan bermula Jumaat lepas hingga 14 April ini bagi menghadapi sebarang kes kecemasan sepanjang musim perayaan kali ini.
Beliau berkata, objektif operasi adalah untuk melaksanakan rondaan dan membantu pengguna jalan raya termasuk mangsa kemalangan, kerosakan kenderaan, mangsa bencana dan lain-lain kecemasan.
"Lokasi rondaan Op Prihatin ini melibatkan jalan utama negeri, jalan persekutuan, kawasan tumpuan pelancong dan hentian rehat.
"Kesemua anggota bersiap siaga 24 jam dan akan bertugas mengikut tiga syif iaitu pagi, petang dan malam," katanya pada Majlis Pelepasan Op Prihatin Sempena Perayaan Aidilfitri pada Ahad.
Di TERENGGANU, Pengarah APM Terengganu, Lt Kol (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, 96 pegawai dan anggota APM negeri ditugaskan bagi membuat rondaan di jalan-jalan persekutuan menerusi operasi yang bermula Jumaat lepas hingga 9 April untuk fasa pertama dan 12 hingga 14 April untuk fasa kedua.
"Musim raya ini seperti yang kita tahu keadaan jalan terlalu sibuk dan kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu termasuklah bantuan melibatkan membaiki kerosakan kecil pada kenderaan bagi meringankan beban pengguna jalan raya.
"Setakat ini, sebanyak enam kes telah dibantu APM melibatkan 13 mangsa yang terkesan dengan kerosakan kecil pada kenderaan mereka seperti tayar bocor atau kehabisan minyak," katanya selepas melancarkan operasi berkenaan di Ibu Pejabat APM Terengganu pada Ahad.
Mohd Rosman berkata, rondaan berkala akan dijalankan di kesemua lapan daerah di seluruh Terengganu bermula 8 pagi hingga 11.50 malam. - BERNAMA
Bernama
Sun Apr 07 2024
Timbalan Ketua Pesuruhanjaya (Pengurusan) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Ismail Mohd Zawawi melepaskan konvoi bermotosikal pada Majlis Pelancaran Ops Prihatin APM di Pejabat APM Daerah Kinta, pada Ahad. - Gambar Bernama
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Pemangku Sultan Johor kecewa gangguan bekalan air pada Aidilfitri
Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa berikutan isu gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.