awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM aktifkan Op Carilamat dua nelayan hilang di laut

Petrus Bernard
Petrus Bernard
08/02/2022
07:00 MYT
APMM aktifkan Op Carilamat dua nelayan hilang di laut
Dua bot peronda Maritim Malaysia serta sebuah bot ronda Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna diatur gerak ke lokasi kejadian untuk mencari dan menyelamat (SAR). - APMM
SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Semporna mengaktifkan Op Carilamat memasuki hari kedua berikutan dua nelayan hilang dilaut ketika turun menangkap ikan di perairan Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah pagi semalam.
Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Norrimi Hassan berkata, sebaik menerima laporan berkaitan kehilangan nelayan tersebut dua bot peronda Maritim Malaysia serta sebuah bot ronda Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna diatur gerak ke lokasi kejadian untuk mencari dan menyelamat (SAR).
"Menurut laporan yang diterima, pengadu telah menghubungi mangsa sekitar jam 12.40 tengah malam Ahad setelah didapati tidak pulang ke rumah, namun gagal terhubung.
"Bimbang akan keselamatan nelayan tersebut, pengadu tampil ke balai polis berdekatan membuat laporan polis berkaitan kehilangan nelayan itu pada Isnin," katanya.
Kedua-dua mangsa Wleson@Jukno, 30, dan Osman Palik, 28, yang hilang dan masih belum ditemui sehingga kini, sejak diteruskan pada jam 7 pagi hari ini setelah ditangguhkan jam 6 petang Isnin.
Op Carilamat yang memasuki hari kedua itu melibatkan pelbagai agensi seperti APMM, Pasukan Polis Marin, Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Taman-Taman Sabah dan dibantu bot orang kampung.
Topic Berkaitan
#Op Carilamat
#nelayan hilang
#perairan semporna
#APMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan