awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM Selangor tahan bot nelayan, gajikan warga asing tanpa dokumen

Bernama
Bernama
14/07/2025
14:45 MYT
APMM Selangor tahan bot nelayan, gajikan warga asing tanpa dokumen
Hasil pemeriksaan ke atas bot mendapati kedua-dua kru -- seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun dan seorang warga Myanmar berusia 41 tahun -- tidak disenaraikan dalam lesen bot terbabit. - Gambar APMM Selangor
SHAH ALAM: Sebuah bot nelayan tempatan Kelas B ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor kerana disyaki melanggar syarat lesen dan menggajikan kru warga asing tanpa dokumen sah.
Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata bot berkenaan ditahan kira-kira pukul 11 malam semalam pada kedudukan 3.6 batu nautika di barat perairan Kapar ketika sedang menjalankan aktiviti penangkapan ikan.
Hasil pemeriksaan ke atas bot mendapati kedua-dua kru -- seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun dan seorang warga Myanmar berusia 41 tahun -- tidak disenaraikan dalam lesen bot terbabit.
"Semakan lanjut mendapati warga Myanmar berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah, selain tidak memiliki permit kerja atau surat kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Muhaimin berkata bot bersama semua kru dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia Selangor untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#warga asing
#surat kebenaran
#syarat lesen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan