awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kotak hitam nahas pesawat yang ragut nyawa jeneral Libya akan dihantar ke Jerman
Lebih banyak tangkapan dalam skandal pertaruhan bola sepak di Turkiye - Laporan
AS percaya normalisasi hubungan Rusia-Eropah boleh dicapai melalui ekonomi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM tahan dua bot fiber tangkap siput secara haram

Bernama
Bernama
10/05/2022
04:50 MYT
APMM tahan dua bot fiber tangkap siput secara haram
APMM Zon Maritim Kuala Perlis menahan dua bot fiber disyaki menangkap siput secara haram di dua lokasi berbeza pada kedudukan kira-kira satu batu nautika dari barat daya pantai Sungai Padang semalam. -Gambar ihsan APMM
KANGAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis menahan dua bot fiber disyaki menangkap siput secara haram di dua lokasi berbeza pada kedudukan kira-kira satu batu nautika dari barat daya pantai Sungai Padang semalam.
Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata APMM menahan bot tersebut ketika rondaan rutin Op Aman dan Op Khas Pagar Laut di sekitar perairan negeri Perlis bagi mencegah sebarang penyeludupan dan jenayah maritim.
"Dua tangkapan tersebut membabitkan dua tekong dan dua kru warga tempatan berusia 18 hingga 48 tahun pada pukul 11.15 dan 11.30 pagi semalam," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Katanya hasil pemeriksaan mendapati, sebuah daripada bot fiber itu tidak memiliki nombor pendaftaran manakala sebuah lagi bernombor pendaftaran PSS 1173.
"Kedua-dua bot yang berpengkalan di Kuala Perlis itu disyaki melakukan pelbagai kesalahan antara kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b) kerana melanggar apa-apa syarat dalam lesen yang dikeluarkan berkenaan vesel tersebut dan Seksyen 11 (3) (c) kerana memasang peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan," katanya.
Beliau berkata keseluruhan rampasan melibatkan dua bot, enjin, sangkar besi dan siput jenis kerang seberat 25 kilogram itu dianggarkan bernilai RM11,100.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#Mohd Hashim Mat Zain
#tangkap siput secara haram
#Op Khas Pagar Laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan