awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM teruskan SAR nelayan Indonesia hilang di perairan Labuan

Bernama
Bernama
26/12/2022
10:31 MYT
APMM teruskan SAR nelayan Indonesia hilang di perairan Labuan
Operasi SAR memasuki hari kedua hari ini dengan dibantu petugas daripada Polis Marin, Jabatan Perikanan, bomba dan beberapa bot nelayan. - Facebook Jabatan Penerangan WP Labuan
LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas menyelam ke dalam laut untuk memotong jaring yang tersangkut pada enjin bot, semalam.
Pengarah APMM Labuan Kapten Nudin Jusoh berkata mangsa dikenal pasti sebagai Diniela Rambie, 58, menangkap ikan bersama dua kru dengan menggunakan bot nelayan (trawler) sekitar 5 petang Hari Krismas itu.
"Operasi SAR dilancarkan sebaik sahaja menerima laporan orang hilang daripada rakan mangsa pada hari yang sama, memandangkan dia tidak kembali semula ke bot.
"Mangsa dan seorang lagi anak kapal sedang cuba melepaskan jaring yang tersangkut pada enjin bot, anak kapal itu kembali ke bot tetapi mangsa tidak kembali selepas jaring itu berjaya dilepaskan," katanya kepada Bernama hari ini.
Nudin berkata operasi SAR memasuki hari kedua hari ini dengan dibantu petugas daripada Polis Marin, Jabatan Perikanan, bomba dan beberapa bot nelayan.
Beliau turut menasihatkan mereka yang pergi menangkap ikan di laut supaya mengambil langkah keselamatan seperti memakai jaket keselamatan, memeriksa ramalan cuaca dan memastikan bot dalam keadaan baik.
"Orang awam yang mahu melaporkan mengenai kecemasan atau kemalangan di laut boleh menghubungi talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi APMM Labuan menerusi 087-427999," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nelayan hilang
#APMM
#Labuan
#SAR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan