awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APNI 2020 ketengah tujuh tema

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
14/12/2020
08:43 MYT
APNI 2020 ketengah tujuh tema
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Azizan Baharuddin berkata, tujuh tema yang diketengahkan itu meliputi Ilmu; Hikmah; Adab; Adil; Taqwa; Amanah dan Benar. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Penganjuran Anugerah Pencinta Nasyid IKIM (APNI) 2020 akan mengetengahkan tujuh tema berdasarkan nilai-nilai penting dalam Islam.
Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Azizan Baharuddin berkata, tujuh tema yang diketengahkan itu meliputi Ilmu; Hikmah; Adab; Adil; Taqwa; Amanah dan Benar.
Katanya, pertandingan itu juga akan disertai masing-masing tujuh penerbit lagu, penulis lirik, penyusun lagu serta kumpulan penyanyi.
"Penganjuran APNI kali ini diharapkan mampu membawa kelainan dalam program dakwah terutamanya dilakukan mengikut normal baharu.
"Penganjuran kali ini juga berbeza di mana keseluruhan penganjuran dibuat secara dalam talian.
"Kesemua lagu ciptaan baharu juga diabadikan dalam satu buku notasi muzik yang boleh dijadikan sebagai rujukan dan koleksi bernilai bukan sahaja kepada IKIM tetapi juga kepada pencinta seni terutamanya industri nasyid tanah air," katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.
Azizan menambah, IKIM mengharapkan APNI 2020 itu mampu menarik seramai mungkin penonton di seluruh dunia.
"Radio IKIM sekarang ini mempunyai 1.5 juta pendengar dan kita harap dengan kaedah baharu ini, kita jangka lebih ramai menyaksikan APNI kali ini yang menjangkaui sempadan negara.
"Empat platfom yang akan menyiarkan APNI 2020 yang akan diadakan pada 20 Disember ini bermula jam 9:00 malam adalah melalui saluran TV IKIM, Youtube IKIM, FB IKIM dan juga boleh didengari di Radio IKIM," katanya.
Sementara itu, Pengurus Besar Radio IKIM, Mahathir Shaharuddin berkata, sebanyak RM20,000 hadiah keseluruhan menanti semua peserta dalam pertandingan kali ini.
"Juara bagi pertandingan ini akan membawa pulang RM10,000, Naib Juara pula bakal menerima RM7,000 manakala tempat ketiga pula akan menerima RM3,000 masing-masing bersama trofil dan sijil penyertaan," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Anugerah Pencinta Nasyid IKIM
#APNI
#IKIM
#Institut Kefahaman Islam Malaysia
#Pertandingan Nasyid
#Datuk Dr Azizan Baharuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan