awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MPC perkukuh kerjasama kerajaan, industri tangani isu pasaran buruh
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple akan melancarkan fon kepala berjenama sendiri tahun ini

Agensi
Agensi
26/02/2018
06:07 MYT
Apple akan melancarkan fon kepala berjenama sendiri tahun ini
Aksesori itu akan menggunakan jenama Apple dan tidak akan menggunakan jenama Beats serta memberi fokus kepada kualiti audio. - Foto daripada laman web rasmi Beats
SYARIKAT Apple akan merangka reka bentuk fon kepala atau headphone baharu, menurut laporan baru dari Apple Insider.
Aksesori itu akan menggunakan jenama Apple dan tidak akan menggunakan jenama Beats serta lebih memfokuskan terhadap kualiti audio.
Menurut penganalisis KGI Securities, Kuo Ming-Chi, Apple sedang membangunkan aksesori fon kepala dengan reka bentuk yang baharu tetapi tidak begitu spesifik.
KGI Securities mempunyai rekod prestasi yang sangat baik untuk meramalkan produk keluaran Apple masa depan.
"Fon kepala Apple akan mempunyai kualiti bunyi yang sama seperti fon kepala keluaran Beats, cuma kali ini akan membawa jenama Apple dan bukan lagi di bawah jenama Beats," katanya.
Kuo meramalkan Apple untuk menonjolkan sepasang fon kepala yang mewah dengan reka bentuk nafas baharu bagi menyaingi aksesori audio lain yang semakin bertambah.
"Fon kepala Apple ini berkemungkinan akan berfungsi dengan sambungan tanpa wayar, sungguhpun tidak dinyatakan," tambahnya.
Syarikat itu tidak memberikan masa pelancaran tertentu, tetapi berkemungkinan akan dilancarkan dalam jangka masa tahun ini.
Kuo juga meramalkan Apple akan memperkenalkan versi terbaharu AirPods bersama dengan fon kepala baru itu sekitar pertengahan tahun ini.
Topic Berkaitan
#Apple
#Beats
#fon kepala
#Kuo Ming-Chi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan