GADGETS
Apple bangunkan cip khas untuk cermin mata pintar

Apple sedang membangunkan cermin mata pintar sebagai prioriti utama, dengan cip khusus berasaskan Apple Silicon yang fokus kepada saiz, kuasa, dan penggunaan kuasa. -Amanz
CERMIN mata pintar ialah agenda seterusnya daripada Apple dengan Tim Cook sendiri dilaporkan berkata beliau melihatnya sebagai prioriti utama syarikat.
Ringkasan AI
- Apple sedang membangunkan cermin mata pintar sebagai prioriti utama, dengan cip khusus berasaskan Apple Silicon yang fokus kepada saiz, kuasa, dan penggunaan kuasa.
- Dua versi cermin mata pintar sedang dibangunkan: satu cermin pintar biasa dan satu lagi dengan teknologi realiti bergabung (MX) yang meletakkan skrin pada lensa.
- Meta, Google, dan Samsung juga sedang membangunkan cermin mata pintar, dengan Google dan Samsung menggunakan Android XR untuk cermin mata pintar dengan skrin pada lensa.
Oleh sebab itu cip siri Apple A dan Apple M tidak akan digunakan pada cermin mata pintar yang perlu ringan serta bateri bertahan lama.
Bloomberg turut menyatakan dua versi cermin mata pintar sedang dibangunkan.
Satu cermin pintar biasa dan satu lagi dengan teknologi realiti bergabung (MX) yang meletakkan skrin pada lensa.
Meta telah membuktikan terdapat pasaran untuk cermin mata pintar tanpa skrin tambahan terbina pada lensa.
Google dan Samsung pula sedang membangunkan cermin mata pintar dengan skrin pada lensa menggunakan Android XR.
Selepas teknologi metamesta dan set kepala MX tidak mendapat sambutan menggalakkan.
Mungkin cermin mata pintar dengan kecerdasan buatan (AI) akan menjadi pertaruhan seterusnya syarikat teknologi utama. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami