awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple dilapor akan ubah suai jadual pelancaran sejumlah produk

Amanz
Amanz
12/07/2025
03:50 MYT
Apple dilapor akan ubah suai jadual pelancaran sejumlah produk
Apple akan melancarkan siri iPhone 17, iPad Pro dan kemas kini Apple Vision Pro pada penghujung suku ketiga 2025, dengan pelancaran produk lain seperti MacBook dan iPad Air dijangka awal 2026. -Gambar fail/Amanz
APPLE akan memperkenalkan produk-produk seperti siri iPhone 17, iPad Pro dan kemas kini kepada Apple Vision Pro sekitar penghujung suku ketiga tahun ini.

Ringkasan AI
  • Apple akan melancarkan siri iPhone 17, iPad Pro dan kemas kini Apple Vision Pro pada penghujung suku ketiga 2025, dengan pelancaran produk lain seperti MacBook dan iPad Air dijangka awal 2026.
  • iPhone 17e akan hadir sebagai model mampu milik dengan cip A19, manakala MacBook Pro dan Air dijangka menggunakan cip M5, M5 Pro dan M5 Max, sebelum rekaan baru dengan paparan OLED diperkenalkan pada 2027.
  • Apple merancang pelancaran berperingkat untuk memastikan jualan produk lebih sekata dan memberi pelanggan lebih masa untuk membuat pembelian.

Tetapi menurut Bloomberg, syarikat teknologi premium tersebut juga akan memperlihatkan sejumlah kemas kini kepada siri produk lain pada awal tahun hadapan.
Menurut laporan Mark Gurman di Bloomberg, Apple dijangka memperlihatkan penawaran siri komputer Mac dan komputer riba MacBook termasuklah MacBook Pro dengan cip pemprosesan baru, kemas kini kepada paparan skrin Apple Studio, iPhone 17e yang hadir dengan spesifikasi mampu-milik dan kemas kini kepada siri iPad dan iPad Air.
iPhone 17e dijangka hadir dengan rekaan yang menyerupai iPhone 16e, dan seperti peranti sebelumnya, mungkin akan dikemas kini dengan cip pemprosesan Apple A19 baru yang akan menguasakan peranti Apple iPhone 17 dan 17 Plus.
Untuk MacBook Pro dan MacBook Air pula, terdapat kebarangkalian model-model tersebut akan tiba dengan cip Apple M5, M5 Pro dan M5 Max. Model M5 Pro dan Max ini juga dilihat mungkin kali terakhir Apple akan menggunakan rekaan rangka ini pada MacBook Pro, kerana Apple akan mengemas kini rupa-bentuk MacBook Pro dan menawarkan paparan OLED menggantikan Retina Display pada tahun 2027.
Apple juga akan melancarkan model-model iPad dan iPad Air baru di acara tersebut. Untuk iPad Air, model generasi baru ini dijangka akan menggantikan model generasi ketujuh dengan kemaskini cip pemprosesan Apple M4.
Laporan Bloomberg mengatakan lagi bahawa terdapat kebarangkalian bahawa kemas kini kepada tarikh acara pelancaran produk ialah untuk memastikan bahawa jualan produk-produk mereka adalah lebih sekata, dan membolehkan pelanggan lebih banyak masa untuk membeli produk-produk baharu.
Apple dijangka memperlihatkan peranti seperti siri Apple iPhone 17, Apple Watch, Apple iPad Pro dan kemas kini kepada Apple Vision Pro pada bulan September ini, manakala produk-produk yang lain akan diperkenalkan sekitar separuh pertama tahun hadapan. -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple
#iPhone 17
#Vision Pro
#iPad Air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan