awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple dilapor bangunkan dua prototaip iPhone dengan skrin boleh lipat

Amanz
Amanz
08/02/2024
07:59 MYT
Apple dilapor bangunkan dua prototaip iPhone dengan skrin boleh lipat
Pembangunannya masih di peringkat yang sangat awal, dan sekiranya melangkah ke tahap pengeluaran, ia dijangka tidak seawal 2024 atau 2025. -Amanz
APPLE dilaporkan sedang membangunkan sekurang-kurangnya dua iPhone dengan rekaan skrin boleh lipat, sekali gus membolehkan ia bersaing dengan sejumlah pengeluar telefon pintar Android.
Apa pun, mengikut TheInformation, pembangunan masih pada peringkat yang sangat awal, dan sekiranya melangkah ke peringkat pengeluaran, ia dijangka tidak seawal 2024 atau 2025.
Laporan menyebut bahawa Apple telah terlibat dalam pembangunan telefon boleh lipat sejak 2018. Namun, mereka menghadapi beberapa cabaran, termasuk beberapa isu teknikal.
Tetapi, apa yang menjadi cabaran lebih besar adalah hadir dengan ciri yang akan membuatkan pengguna menginginkan ia apabila dilancarkan kelak.
Di samping itu, faktor harga juga memainkan salah satu peranan dalam pengeluaran peranti berkenaan.
Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan peranti dalam kategori baru daripada Apple ini dalam beberapa tahun lagi – sekiranya ia melangkah ke fasa pengeluaran. -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple
#rekaan skrin boleh lipat
#telefon pintar
#iPhone
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan