MELALUI laporan Bloomberg terbaru, Apple dilaporkan sedang bangunkan model bahasa raya mereka tersendiri yang dioptimasikan untuk dijalankan pada peranti, sekali gus mengutamakan penawaran kelajuan operasi dan juga privasi kepada pengguna.

Laporan berkenaan hal ini telah hadir beberapa kali sebelum ini, apatah lagi dengan ledakan arena kecerdasan buatan, membuatkan Apple seperti kelihatan agak tertinggal dalam arena berkenaan.

Sebelum ini, turut diperkatakan Apple mungkin menawarkan integrasi Google Gemini pada peranti mereka.

Apple juga dikatakan akan mengambil pendekatan lebih berhati-hati, disamping melesenkan kandungan daripada pelbagai penerbit untuk tujuan latihan.

Ini sekali gus mengatasi masalah pelbagai model kecerdasan buatan yang dipersoalkan bahan latihannya.

Apple dijangka berkongsi lanjut berkenaan dengan penawaran model kecerdasan buatan mereka ini pada acara WWDC (Worldwide Developers Conference) yang dijadualkan bulan Jun 2024 ini.