awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apple, Meta bincang kerjasama penawaran kecerdasan buatan

Amanz
Amanz
24/06/2024
04:50 MYT
Apple, Meta bincang kerjasama penawaran kecerdasan buatan
Antara perkara yang dibincangkan adalah mengintegrasikan model kecerdasan buatan yang dibangunkan Meta terus ke sistem Apple Intelligence bagi memudahkan pengguna iPhone dan Mac. -Amanz
APPLE ketika pengumuman WWDC 2024 lepas, telah memperkenalkan Apple Intelligence yang membawa sokongan kecerdasan buatan generatif kepada para pengguna iPhone, Mac, iPad, dan sebagainya.
Ketika pengumuman, hanya integrasi ChatGPT sahaja diumumkan.
Terbaharu, mengikut laporan WSJ, dikatakan Apple telah berbincang dengan beberapa pihak lain, termasuk Meta.
Antara perkara yang dibincangkan adalah mengintegrasikan model kecerdasan buatan yang dibangunkan Meta terus ke sistem Apple Intelligence bagi memudahkan pengguna iPhone dan Mac.
Meta sedia menawarkan model mereka dinamakan LlaMa secara sumber terbuka, selain turut telah mula menambah integrasi Meta AI pada penawaran mereka seperti WhatsApp, dan juga Instagram.
Tidak diketahui sama ada model LlaMa yang dibincangkan untuk diintegrasikan, ataupun Meta AI.
Selain Meta, antara pihak lain yang turut dikatakan berbincang dengan pihak Apple adalah Anthropic dan juga Perplexity.
Buat masa ini, dilaporkan perbincangan masih dalam proses, dan terdapat kemungkinan tidak dilanjutkan. -Amanz
Topic Berkaitan
#Apple
#Meta
#WWDC 2024
#bincang kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan