BANGKOK: Arab Saudi menghadiahkan 50,060 naskhah al-Quran dalam pelbagai saiz dan terjemahan kepada Thailand sebagai satu tanda muhibah.
Ia juga sebahagian daripada usaha negara berkenaan untuk menyampaikan sumbangan Raja Saudi Salman Abdulaziz Al Saud kepada umat Islam di seluruh dunia sebelum ketibaan bulan suci Ramadan.
Jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha gembira dengan sikap murah hati raja Saudi itu.
"Al-Quran akan diedarkan sebelum permulaan Ramadan pada 1 April," lapor Thai PBS memetik Perdana Menteri hari ini.
Thanakorn berkata serahan itu disampaikan dalam satu majlis di Kedutaan Arab Saudi di Bangkok pada Sabtu dengan dihadiri wakil daripada kementerian, masyarakat Islam, ulama dan pendakwah.
Thailand dan Arab Saudi menyambung semula hubungan diplomatik penuh pada Januari tahun ini selepas terputus sejak tiga dekad lalu.
Kementerian Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan, yang diwakili oleh Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd, menyerahkan 50,060 naskhah al-Quran kepada Thailand, lapor Agensi Akhbar Saudi.
Menteri Hal Ehwal Islam dan Penyelia Am Kompleks Percetakan Al-Quran Raja Fahd di Madinah Sheikh Abdullatif bin Abdulaziz Al-Asheikh, berkata hadiah itu adalah mesej agung kerajaan yang terpancar menerusi peranan utamanya dalam dunia Islam, yang juga bertepatan dengan perkembangan dan perubahan dalam hubungan antara kedua-dua negara.
Al-Quran itu diterjemahkan kepada lebih 76 bahasa dan berjuta-juta naskhah telah diedarkan kepada umat Islam di seluruh dunia.
Kompleks Raja Fahd meningkatkan kadar pengeluarannya melebih 100 peratus, daripada tujuh juta naskhah kepada 20 juta naskhah setiap tahun dalam kualiti tinggi.
Menjelang akhir 2021, kompleks itu menghasilkan lebih 345 juta naskhah al-Quran dengan lebih 320 juta naskhah diedarkan sebagai hadiah daripada kerajaan Saudi kepada umat Islam di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022
Sebahagian daripada sumbangan Raja Saudi Salman Abdulaziz Al Saud kepada umat Islam di seluruh dunia sebelum ketibaan bulan suci Ramadan. - Gambar hiasan
Google Photos beri 10 ciri suntingan berbayar secara percuma
Ciri ini boleh digunakan percuma pada peranti Android dan juga iOS sejak Rabu tetapi diberikan secara berperingkat.
Anak MB Perlis mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu lebih RM19,000
Mohd Syafeeq Mohd Shukri mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.
TikTok dilapor bakal kurangkan sekitar 1,000 pekerja
Ia dikatakan akan melibatkan pekerja global TikTok, termasuk melibatkan bahagian operasi, kandungan dan juga pemasaran.
Isu hutang pengajian yang tinggi
: Pinjaman pengajian merupakan bahagian hutang kedua tertinggi yang ditanggung oleh kumpulan individu muda berumur 20 hingga 29 tahun, menurut Khazanah Research Institute (KRI) dalam laporannya.
Bagaimana untuk mengurus hutang pengajian yang tinggi dengan cekap tanpa memberi tekanan tambahan kepada pengurusan kewangan?
Bagaimana untuk mengurus hutang pengajian yang tinggi dengan cekap tanpa memberi tekanan tambahan kepada pengurusan kewangan?
Reformasi Ekonomi: Iltizam gapai negara maju
Dekan Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business, Universiti Utara Malaysia, Prof. Dr Hassan Abu Bakar mengupas pasca Perutusan Negara oleh Perdana Menteri yang memberi fokus kepada reformasi ekonomi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju.
Sports Toto mohon kebenaran semakan semula kehakiman terhadap pemberhentian lesen oleh kerajaan Perlis
STM Lottery dan empat individu mahu mahkamah batalkan keputusan kerajaan negeri yang menafikan pembaharuan lesen premis perniagaan mereka.
Malaysia sedia pimpin ASEAN ke arah kestabilan, kemakmuran - PM Anwar
Malaysia komited untuk memperkuatkan kerjasama ekonomi serantau dan mengurangkan perbezaan dalam negara-negara ASEAN.
Shah Firdaus bergelut dengan kecederaan, jangkitan bakteria menjelang Paris 2024
Shah Firdaus baru dimaklumkan oleh Institut Sukan Negara mengenai tendon di sebelah bahu kirinya koyak kesan daripada kemalangan.
Bekas Setpol Hamzah Zainuddin didakwa terima rasuah RM350,000
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menerima rasuah daripada seorang pengarah syarikat sebagai upah bagi mendapatkan tender pembekalan.
LRT laluan Kelana Jaya tergendala akibat gangguan suis
Gangguan berkenaan mengakibatkan semua tren bergerak perlahan dan berhenti lebih lama di platform.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Arab Saudi nasihat umat Islam tidak terpedaya iklan palsu haji di media sosial
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi pada Isnin menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan iklan palsu yang menawarkan perkhidmatan haji di laman media sosial.
TH gesa umat Islam waspada penggunaan visa haji tidak sah
Pemberian visa haji selain melalui kuota rasmi Malaysia merupakan hak mutlak Kerajaan Arab Saudi.
Haji: Jemaah Malaysia diingat jaga nama baik negara, patuh peraturan baharu Saudi
Roslan berkata, dikenakan penalti dan pengusiran itu adalah selaras dengan peraturan baharu untuk musim haji tahun ini.
MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.
Ambil contoh kelulusan sehari di Arab Saudi - PM
Anwar berkata, kecekapan dan kepantasan memberi kelulusan segera itu seterusnya membolehkan negara berkenaan melonjak tinggi.
Arab Saudi, Maghribi, Mesir gesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza
Arab Saudi, Maghribi dan Mesir menggesa supaya satu gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza yang diserang secara berterusan oleh Israel.
Negara Barat cadang henti penjualan senjata dan sekat pemindahan teknologi ke Israel
Perbincangan itu bertujuan untuk melibatkan sebanyak mungkin negara dalam pakej "elemen tekanan" yang mengandungi cadangan mengenai sekatan ruang udara.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.