awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arahan Bekerja Dari Rumah akan dibincangkan semula

Astro Awani
Astro Awani
27/04/2021
10:51 MYT
Arahan Bekerja Dari Rumah akan dibincangkan semula
Perkara itu perlu diteliti semula bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa yang bekerja susulan pelaksanaan semula PdPR. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR : Kerajaan dijangka membincangkan semula pelaksanaan arahan Bekerja Dari Rumah (BDR) dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) dan pihak swasta.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu perlu diteliti semula bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa yang bekerja susulan pelaksanaan semula Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).
"Saya percaya kerajaan akan berbincang mungkin dengan KPPA mengenai perkara ini, mungkin dengan pihak swasta, mungkin KKM juga akan berbincang perkara ini. Ini bagi mengurangkan bebanan ibu bapa yang bekerja, tetapi anak perlu berada di rumah.
"Ini adalah seperti sebelum PKP 2.0. Kita kemudian ada buat perubahan dalam PKP 2.0 yang akhirnya kita benarkan kita kerja di pejabat. Namun sekarang kes meningkat," katanya dalam sidang media pada Selasa.
Ujarnya, sebarang pengumuman melibatkan pelaksanaan BDR kakitangan awam akan dilakukan KPPA, dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pula akan mengumumkan bagi pihak swasta.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#MITI
#KKM
#Media
#kerajaan
#menteri
#pengajaran dan pembelajaran
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan