awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenderaan rosak dibaling batu dari jambatan, polis giat kesan pelaku
Pasukan pengaman PBB lapor tembakan Israel di selatan Lubnan
Niaga hadapan emas dijangka kekal dalam aliran positif minggu depan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arahan bekerja dari rumah diteliti semula

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2020
10:53 MYT
Arahan bekerja dari rumah diteliti semula
Kerajaan akan membincangkan semula arahan bekerja dari rumah yang diumumkan sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 22 Oktober lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan akan meneliti semula arahan bekerja dari rumah yang diumumkan sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 22 Oktober lalu.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan kebanyakan negeri mula menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
"Kita tidak ada bincang mengenai Work From Home. Kalau kita tengok sudah tak banyak kawasan dikenakan PKPB. Contoh, Selangor walau PKPB, namun ada daerah yang sudah terkeluar (dari) PKPB.
"Jadi, perkara ini kita bincangkan sama ada perlu atau tidak Work From Home kerana sekarang kita sudah kembali ke PKPP," katanya dalam sidang media pada Sabtu.
BACA: PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dilanjut sehingga 20 Disember
BACA: PKPB: Boleh rentas daerah, negeri, kerajaan kaji kebenaran lebih banyak aktiviti pelancongan
Tambahnya, perbincangan akan melibatkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada Isnin ini.
"Perkara ini akan dibincangkan dengan PKPA dan MITI sebab swasta di bawah MITI. Kita akan bermesyuarat pada Isnin dan akan bangkit perkara ini," ujarnya.
BACA: Lima tumpuan sidang media Ismail Sabri hari ini
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#MITI
#PKPP
#PKPB
#PKPA
#COVID-19
#work from home
#Bekerja Dari Rumah
#WFH
#Menteri Kanan Pertahanan
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan