awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arahan penutupan Pulau Sembilan kekal - Zambry

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
22/03/2017
13:44 MYT
Arahan penutupan Pulau Sembilan kekal - Zambry
Pulau Sembilan perlu dipelihara sebagai salah satu kawasan terindah di Perak dengan usaha pemuliharaan dan pemeliharaan.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir hari ini bertegas bahawa kerajaan negeri tidak akan menarik balik keputusan untuk menutup Pulau Sembilan walaupun ianya mendapat tentangan daripada pelbagai pihaknya terutamanya golongan penggiat pelancongan.
Beliau berkata keputusan menutup pulau yang terkenal dengan "blue sand" itu adalah tidak lain untuk melindungi khazanah alam semula jadi sedia ada dan mengelak daripada kerosakan lebih teruk.
Menurut beliau walaupun penggiat pelancongan menyeru pulau itu terus dibuka dan kekal beroperasi namun kerajaan negeri menganggap ianya bukanlah satu isu utama berbanding kepentingan memelihara kecantikan pulau tersebut.
Tambah beliau, Exco Pelancongan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi telah diarah menyiasat perkara tersebut secara teliti dalam memastikan Pulau Sembilan kekal sebagai salah satu kawasan terindah di Perak dengan usaha pemuliharaan dan pemeliharaan.
Beliau berkata demikian dalam pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, pada Rabu.
Baru-baru ini, Nolee mengumumkan penutupan Pulau Sembilan berikutan kerja membaik pulih struktur pasir yang kini sudah tidak lagi begitu berkualiti.
Katanya, jumlah pelancong yang datang ke pulau berkenaan kini sudah berada di luar kawalan dan mencecah angka yang sepatutnya.
Justeru, pihak kerajaan negeri mengambil keputusan untuk memperketatkan undang-undang dan menutup pulau itu untuk jangka masa yang belum ditentukan.
Topic Berkaitan
#Menteri Besar
#pelancongan
#Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir
#Pulau Sembilan
#tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan