awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arahan penutupan tempat perkhemahan, hutan rekreasi masih berkuat kuasa - JPNS

Bernama
Bernama
31/12/2022
20:00 MYT
Arahan penutupan tempat perkhemahan, hutan rekreasi masih berkuat kuasa - JPNS
Ahmad Fadzil berkata larangan itu susulan arahan penutupan semua tempat perkelahan dan perkhemahan di Selangor yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor pada 17 Dis lepas susulan cuaca buruk dan musim tengkujuh. -Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) memaklumkan arahan penutupan semua tempat perkelahan, perkhemahan serta hutan rekreasi di bawah pengurusan jabatan itu masih berkuat kuasa sehingga ke suatu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
Pengarahnya Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata larangan itu susulan arahan penutupan semua tempat perkelahan dan perkhemahan di Selangor, yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor pada 17 Dis lepas susulan cuaca buruk dan musim tengkujuh.
Beliau berkata mereka yang didapati bersalah melanggar arahan itu boleh didenda sehingga RM30,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Selain itu, JPNS turut mengeluarkan Notis Arahan Penutupan Operasi di semua kawasan hutan rekreasi di bawah pengurusannya.
"Notis ini dikeluarkan sejak Oktober lepas dan masih berkuat kuasa sehingga ke suatu tempoh yang akan dimaklumkan kelak.
"Notis ini juga selaras dengan Seksyen 47 Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985 (Pindaan 2018) iaitu mengenai larangan mana-mana individu memasuki hutan simpan kekal tanpa permit yang sah," katanya dalam kenyataan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
#penutupan tempat perkhemahan
#hutan rekreasi
#Ahmad Fadzil Abdul Majid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan