awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arkib Negara disaran dekati komuniti, elak kehilangan sejarah penting - Aaron

Bernama
Bernama
17/05/2025
10:45 MYT
Arkib Negara disaran dekati komuniti, elak kehilangan sejarah penting - Aaron
Aaron Ago Dagang menyarankan Arkib Negara mendekati komuniti, tokoh dan pertubuhan yang memiliki koleksi sejarah bernilai tinggi melalui program seperti Arkib Komuniti bagi melengkapkan naratif sejarah negara. -Gambar fail/Kementerian Perpaduan
KLANG: Arkib Negara Malaysia (ANM) disaran mendekati anggota komuniti termasuk tokoh, pertubuhan dan purbawan yang mempunyai koleksi bernilai tinggi bagi memastikan negara tidak kehilangan sumber sejarah penting.

Ringkasan AI
  • Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, menyarankan Arkib Negara Malaysia (ANM) mendekati komuniti, tokoh dan pertubuhan yang memiliki koleksi sejarah bernilai tinggi melalui program seperti Arkib Komuniti bagi melengkapkan naratif sejarah negara.
  • Beliau mencadangkan penubuhan Arkib Komuniti di setiap daerah dengan kerjasama PBT serta pembangunan laman khas dalam talian untuk memudahkan akses kepada maklumat sejarah komuniti.
  • Program Arkib Komuniti di Klang turut menampilkan pelbagai aktiviti seperti penyerahan bahan sejarah, pemuliharaan, pameran seni dan budaya, serta demonstrasi warisan negara, dengan kehadiran beberapa tokoh penting termasuk Ketua Pengarah ANM dan Datuk Bandar MBDK.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata usaha berkenaan boleh dilakukan menerusi program seperti Arkib Komuniti sekali gus membantu melengkapkan naratif pensejarahan negara untuk memahami sesuatu peristiwa yang berlaku pada masa lampau.
"Banyak peristiwa di peringkat komuniti dari sebelum merdeka sehingga kini masih belum dapat dikumpul dan didokumentasikan. Cerita dan pengalaman mereka dapat menjadi sumber penting untuk memahami latar belakang sejarah.
"Sejarah negara kita bukan hanya tercatat dalam buku teks atau dokumen rasmi, tetapi juga hidup dalam pengalaman serta kisah-kisah komuniti kita dengan setiap kampung, bandar dan kawasan mempunyai cerita unik yang membentuk identiti negara," katanya ketika ditemui selepas melancarkan program Arkib Komuniti di Pekarangan Bangunan Galeri Warisan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) di sini hari ini.
Aaron turut mengalu-alukan orang ramai untuk menyumbang koleksi persendirian kepada ANM bagi melengkapkan koleksi bahan dan mengisi jurang maklumat sejarah sedia ada.
AARON-ARKIB 2 (AKHIR) KLANG
Beliau turut mencadangkan agar Arkib Komuniti ditubuhkan di setiap komuniti dan daerah dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara bertujuan mengekalkan penglibatan aktif komuniti dalam pengesanan, pengumpulan, pemerolehan dan pemeliharaan warisan sejarah negara.
"ANM juga boleh membangunkan laman khas Arkib Komuniti yang boleh berfungsi sebagai portal ke masa lalu dengan penyelidik, komuniti atau penyerah bahan dapat mengakses dan mendapatkan maklumat sejarah komuniti secara dalam talian.
"Mereka adalah saksi kepada peristiwa penting, penjaga tradisi dan penggerak perubahan. Tanpa penglibatan aktif komuniti, banyak aspek sejarah kita mungkin akan hilang ditelan zaman," katanya.
Antara pengisian menarik sepanjang program Arkib Komuniti di Klang itu ialah sesi penyerahan bahan dan dokumen, perkhidmatan penyalinan bahan, perkhidmatan pemuliharaan serta penjilidan koleksi, reruai pameran dan demonstrasi berkaitan seni, budaya serta sejarah warisan negara.
Turut hadir Ketua Pengarah ANM Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman, Pengerusi Lembaga Penasihat ANM Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dan Datuk Bandar MBDK Datuk Abd Hamid Hussain.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aaron Ago Dagang
#Arkib Negara Malaysia
#dekati komuniti
#arkib komuniti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan