ARPA: 141 inisiatif kerja dipercepat mudahkan rakyat - KSN

Shamsul Azri pada Sesi Reformasi Satu Kemestian bersama KSN sempena setahun Reformasi Perkhidmatan Awam, menyeru penjawat awam agar sentiasa mendukung ARPA sebagai kerangka induk dalam membina perkhidmatan awam berprestij - foto/ PMO
KUALA LUMPUR: Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) telah berjaya mempercepat 141 inisiatif kerja pelbagai agensi kerajaan untuk memudahkan rakyat menyelesaikan urusan dengan agensi kerajaan.
Ringkasan AI
- ARPA berjaya mempercepat 141 inisiatif kerja pelbagai agensi kerajaan untuk memudahkan rakyat menyelesaikan urusan dengan agensi kerajaan.
- Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, menegaskan bahawa ARPA adalah pelan strategik nasional untuk memperkukuh kecekapan, ketelusan, dan akauntabiliti sektor awam.
- Orang ramai dijemput ke Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku pada 5 hingga 7 Disember 2025 di Dataran Putrajaya untuk melihat pelbagai inisiatif ARPA yang dilaksanakan.
“Di bawah Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) kita akan ada satu pasukan khusus untuk pantau pelaksanaan. Kita bukan turun untuk pantau dengan disambut secara besar-besaran.
“Sebaliknya, kita turun padang secara senyap-senyap dan lihat sendiri (operasi). Ini cara untuk lihat sama ada rakyat terima yang kita sedang cuba lakukan. Beberapa pasukan telah ditubuhkan untuk turun padang,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Menurut Shamsul Azri, ARPA merupakan pelan strategik nasional untuk memperkukuh kecekapan, ketelusan dan akauntabiliti sektor awam, dengan matlamat utama memastikan setiap urusan kerajaan memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Shamsul Azri (kiri) beramah mesra selepas Sesi Reformasi Satu Kemestian bersama KSN sempena setahun Reformasi Perkhidmatan Awam di Puspanitapuri. - foto/PMO
Menurut beliau, ARPA bukan sekadar slogan, tetapi satu gerakan perubahan budaya kerja penjawat awam agar lebih pantas, mesra pengguna dan berorientasikan hasil.
Orang ramai turut dijemput ke Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku pada 5 hingga 7 Disember 2025 di Dataran Putrajaya, bagi melihat sendiri pelbagai inisiatif ARPA yang sedang dilaksanakan.

Rancakkan MADANI & Konvensyen Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 pada 5 sehingga 7 Disember di Putrajaya.
Agenda AWANI: Reformasi Perkhidmatan Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


