awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Artis tempatan digesa manfaat teknologi metaverse

Bernama
Bernama
28/07/2022
04:14 MYT
Artis tempatan digesa manfaat teknologi metaverse
Artis tempatan perlu menggunakan dan memanfaatkan teknologi metaverse dan Non-Fungible Token (NFT) atau token tidak sepiawai untuk memacu seni dan teknologi negara ke peringkat seterusnya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Artis tempatan perlu menggunakan dan memanfaatkan teknologi metaverse dan Non-Fungible Token (NFT) atau token tidak sepiawai untuk memacu seni dan teknologi negara ke peringkat seterusnya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat gesaan itu berkata, perubahan teknologi menjanjikan perkara yang lebih baik untuk masyarakat kerana ia akan memberi mereka lebih banyak prospek untuk berhubung dengan kurator dan meningkatkan kerjaya mereka.
"Saya diberitahu bahawa metaverse dapat memberi pembelajaran inklusif. Saya berharap ia dapat menyumbang banyak kepada kehidupan kita, termasuk dalam cara pembelajaran dan komunikasi," kata beliau.
Sementara itu, Pengerusi Projek, Martin Chew berkata, pelancaran Galeri Maya Metaverse bertujuan untuk mewujudkan dan merealisasikan platform iaitu seni dan teknologi dijalin dengan lancar bagi memperkasakan generasi artis yang akan datang untuk menyerlahkan potensi sebenar mereka menggunakan teknologi terkini.
"Ia juga akan berfungsi sebagai platform komunikasi antara budaya yang boleh diakses secara serta-merta yang mengatasi halangan dan batasan termasuk lokasi geografi, masa dan bahasa.
"Oleh yang demikian, pelaksanaan Galeri Maya Metaverse akan dapat diakses oleh individu di seluruh dunia dalam era baharu teknologi Realiti Maya (VR) dan Realiti Diperkukuh (AR) di samping mempamerkan dan memelihara detik-detik bersejarah dalam kehidupan dan zaman Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah (Mohd Ali), bersama dengan ikon-ikon selebriti dan negarawan lain yang akan datang," katanya.
Chew berkata, ia juga akan berfungsi sebagai platform pendidikan yang membolehkan generasi Malaysia yang sedia ada dan akan datang untuk mengalami detik-detik bersejarah yang penting dalam sejarah negara seperti yang mereka tidak pernah dapat alami sebelum ini.
"Walaupun ekosistem metaverse adalah konsep yang agak baharu, namun ia telah membawa kepada penciptaan pelbagai kemajuan teknologi yang membentuk masa depan dalam masa nyata," tambah beliau. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#teknologi metaverse
#non-fungible token
#Mahathir Mohamad
#artis tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan