KUALA LUMPUR: Bekas ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan A. Arulselvaraj berharap penggantinya Sarjit Singh akan meneruskan aspek sains sukan yang diketengahkan dalam pasukan itu.
Arul yang mengemudi Speedy Tigers dari Sept 2020 hingga Januari lepas berkata banyak elemen sains sukan telah diperkenalkannya bagi meningkatkan prestasi dengan harapan skuad negara mampu bersaing dengan pasukan hoki terbaik dunia.
"Saya membawa banyak elemen sains sukan di luar hoki. Ia satu proses, sains sukan adalah kunci pada masa sekarang, lihatlah pasukan terbaik antarabangsa.
"Kita kenal Sarjit sebagai seorang pemain memiliki karisma yang baik. Beliau bersemangat, walaupun berusia 62 tahun, masih berlari dan bermain serta berjuang untuk pemain, semoga Sarjit berjaya," kata Arul yang kontraknya berakhir selepas Speedy Tigers gagal layak ke Olimpik Paris 2024.
Arul turut menzahirkan penghargaan kepada bekas ketua pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang menyediakan kemudahan gimnasium mini buat Speedy Tigers di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil ketika mereka menghadapi masalah berkaitan ruang gimnasium.
Sementara itu Arul juga berharap fraterniti hoki memberikan sokongan penuh kepada skuad negara dan Sarjit.
"Budaya harus berubah, terutama bekas jurulatih dan pemain perlu bersama-sama menyokong Sarjit dan pasukan kebangsaan. Budaya membuat komen negatif perlu dihentikan.
"Peminat juga perlu berhenti meminta Presiden (Datuk Seri Subahan Kamal) dan pihak pengurusan MHC (Konfederasi Hoki Malaysia) meletak jawatan jika pasukan tidak mencapai sasaran. Ia tidak masuk akal kerana hasil ditentukan oleh pemain di padang, sama ada mereka memanfaatkan atau melepaskan peluang pada saat-saat penting," katanya.
Speedy Tigers gagal mengakhiri kemarau lebih dua dekad layak ke sukan Olimpik dengan kali terakhir muncul dalam edisi Sydney 2000, selepas melepaskan peluang pada dua kejohanan kelayakan.
Pada Sukan Asia Hangzhou tahun lepas yang menawarkan slot Olimpik untuk pemenang pingat emas, pasukan negara gagal melepasi peringkat kumpulan selepas mengalahkan Thailand 9-0, Oman 11-1 dan Indonesia 9-2, tetapi kalah 4-3 kepada Korea Selatan dan terikat 4-4 dengan tuan rumah China untuk menduduki tempat ketiga dalam kumpulan (hanya dua teratas mara).
Pada Kelayakan di Muscat, Oman dari 13-21 Jan lepas, peluang terakhir ke Sukan Olimpik, Malaysia menduduki tempat terakhir dalam kumpulan selepas tumbang 2-3 kepada China, 1-4 menentang Great Britain dan terikat 3-3 dengan Pakistan, sekali gus terlepas peluang mara ke separuh akhir dengan hanya tiga pasukan teratas dalam kejohanan memperoleh kelayakan ke Paris.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 14 2024
Arul bercakap pada temu bual eksklusif bersama BERNAMA di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, 12 Mac 2024. --fotoBERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (13 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ops Tiris 3.0 tumpas sindiket seleweng minyak diesel
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 dengan rampasan 2,550 liter minyak.
Ops Bersepadu: APMM tahan 10 warga asing dengan bantuan MSU
Sebanyak 10 warga asing yang bekerja sebagai kru nelayan tempatan ditahan atas pelbagai kesalahan menerusi operasi bersepadu oleh APMM.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Wanita rugi lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pesara kerugian RM619,390 selepas terperdaya dengan pelaburan secara dalam talian tidak wujud.
Perkeso akan wujud pangkalan data khas bagi penggiat seni
Perkeso akan menyediakan pangkalan data khas senarai nama penggiat seni khususnya perfileman yang telah melakukan caruman menerusi Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
Tumpuan Selasa - 14 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Olimpik Paris 2024: Pakar psikologi BAM sedia program baharu bantu persiapan pemain
Pakar psikologi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Frederick Tan bakal memperkenalkan program baharu yang direka khas untuk membantu persiapan pemain ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Arul harap Sarjit teruskan aspek sains sukan dalam skuad hoki negara
Banyak elemen sains sukan diperkenalkan bagi meningkatkan prestasi skuad negara dengan harapan ia mampu bersaing dengan pasukan terbaik dunia.
'Workout' lama-lama di 'gym' boleh cepat 'sado'? Ini fakta sains sukan
Melakukan senaman yang intensif dan ada fokus dalam tempoh masa yang lebih pendek boleh memberikan hasil yang lebih baik.
[KOLUMNIS] Kepentingan tahap kecergasan fizikal di Fasa Peralihan ke Endemik
Harus diingat bahawa ketika di dalam fasa sebelum ini, adalah agak sukar untuk melakukan aktiviti sukan yang mana ini banyak mengganggu tahap kecergasan golongan atlet amatur mahupun profesional.
Laluan khas kepada empat golongan bagi kemasukan universiti awam disediakan
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata dengan adanya laluan khas itu empat golongan berkenaan tidak perlu bersaing dengan kumpulan arus perdana untuk melanjutkan pengajian masing-masing.
Khairy pandang serius prestasi atlet, jurulatih
Khairy Jamaluddin memandang serius mengenai kesedaran atlet dan jurulatih terhadap Sains Sukan yang masih berada di paras rendah.