TELUK INTAN: Sepasang telekung berwarna merah jambu menjadi kenangan pemberian terakhir Allahyarham Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni kepada ibunya di sini.
Megat Ashman Aqif, 21, pelajar Malaysia yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Tasik Tekapo, New Zealand pada Sabtu mengirimkan hadiah istimewa itu sempena hari jadi ibunya, Noor Aishah Abdul Latif, 49, pada 12 Mac lalu.
Menurut Noor Aishah, pemberian itu sama sekali tidak dijangka kerana arwah sebelum ini tidak pernah menyebut mahu membelikannya telekung.
"Saya dah pakai pun telekung baharu itu untuk solat dan tarawih. Cantik sangat telekungnya," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Melayu, Langkap dekat sini pada Ahad.
Noor Aishah berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu seorang yang suka berdikari hingga sanggup bekerja sambilan setiap kali cuti semester di sana bagi menampung sedikit sebanyak kos pembelajarannya.
Paling mengharukan katanya, anaknya itu tetap mahu mengirimkan duit belanja kepadanya menggunakan bayaran gaji yang diterima.
"Baru ini dia beritahu, Aqif ada kirim duit sikit dekat ibu. Saya kata kenapa Aqif bagi dekat ibu, sepatutnya ibu yang bagi pada Aqif.
"Dia kata tidak mengapa, dia lakukan begitu kerana mahu berkat dan doa seorang ibu.
"Aqif memang anak yang baik. ALLAH pinjamkan dia kepada saya selama 21 tahun dan dalam bulan Ramadan dia sedang berpuasa, ALLAH ambil kembali," katanya sebak.
Suri rumah itu memberitahu, kali terakhir dia berhubung dengan anaknya pada Selasa lalu menerusi panggilan video di WhatsApp.
Jelasnya, arwah memberitahu bahawa dia dan rakan-rakan akan menduduki peperiksaan pada Khamis dan meminta agar mendoakannya.
"Arwah memang rajin bersembang, sepanjang belajar di sana dia hubungi saya menerusi video call setiap minggu bercerita aktivitinya, kadang-kadang hampir sejam bersembang. Itu membuatkan saya tak rasa dia jauh.
"Arwah ada menyatakan mahu pulang ke Malaysia untuk beraya bersama tetapi saya nasihatinya supaya tidak berbuat demikian memandangkan baru sahaja berada di sana," katanya.
Pada Sabtu, Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington dalam satu kenyataan memaklumkan dua pelajar Malaysia maut dalam nahas jalan raya pada jam 1.45 tengah hari waktu tempatan.
Menurut kenyataan itu, nahas berkenaan melibatkan lima penuntut Malaysia dengan tiga mangsa yang cedera diterbangkan ke Hospital Christchurch, South Islands.
Pelajar yang meninggal dunia ialah Megat Ashman Aqif Megat Irman Jefni dan Wan Nur Adlina Alisa, kedua-duanya adalah penuntut University of Canterbury.
Mangsa yang cedera pula dikenal pasti sebagai Nur Firas Wafiyyah dan Lya Issable Walton, juga penuntut daripada universiti sama sementara Muhamad Faris Mohd Fairusham adalah penuntut Victoria University of Wellington. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 31 2024
Megat Ashman Aqif sempat mengirimkan hadiah telekung sempena hari jadi ibunya, Noor Aishah Abdul Latif, 49, pada 12 Mac lalu. - Gambar/ Sinar Harian
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Mindef sedia hantar ATM ke Asia Barat bantu urus keselamatan pelajar Malaysia - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata ATM sentiasa bersiap siaga jika bantuannya diperlukan.
Kariah masjid solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Megat Ashman Aqif
Solat itu diimamkan oleh Imam Masjid Sultan Yussuf, Muhammad Shamsuddin dan turut dihadiri datuk kepada Allahyarham dan ahli keluarga lain.
Menguasai bahasa Perancis buka pelbagai peluang buat pelajar Malaysia
Bahasa Perancis adalah bahasa asing kedua yang dipelajari di sekolah menengah di Malaysia selepas bahasa Jepun.
28 pelajar Malaysia ikuti program YES di Amerika Syarikat
Apabila tiba nanti, pelajar akan ditempatkan bersama keluarga angkat dan sekolah angkat mereka di seluruh Amerika Syarikat.
Keluarga pelajar Malaysia yang maut di Taiwan bakal terima pampasan
Kematian pelajar itu didedahkan pada 13 Oktober tahun lalu oleh polis New Taipei selepas si pelaku mengakui dia telah membunuh mangsa.
Gempa bumi Turkiye-Syria: "Saya rasa apartmen bergoyang" - Pelajar Malaysia
Penduduk Istanbul merasai gegaran awal dua hari sebelum gempa bumi kuat melanda Gazientep, yang terletak lebih 1,000 kilometer di bahagian selatan Turkiye, Isnin lalu.
Pelajar Malaysia ditahan di Mesir dibebaskan - Saifuddin
Seorang mahasiswa rakyat Malaysia di Universiti Al-Azhar yang sebelum ini ditahan pihak berkuasa Mesir sudah pun dibebaskan pada petang 24 Sept.
Pelajar Malaysia di Universiti Al Azhar ditahan pihak berkuasa Mesir
Seorang mahasiswa Universiti Al Azhar warganegara Malaysia telah ditahan oleh pihak berkuasa Mesir, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Pelajar dibenar masuk China, Kedutaan Malaysia zahirkan penghargaan
Kedua-dua negara telah melakukan usaha berterusan bagi membela nasib pelajar Malaysia dan membolehkan pelajar berkenaan kembali lebih awal ke China.